LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

Latar Belakang

Bahagian Kewangan telah diwujudkan pada 1 November 1992, berikutan penstrukturan semula struktur organisasi LPP ketika itu. Penstrukturan semula ini dilaksanakan agar Bahagian Kewangan diberi pengkhususan dalam menguruskan peruntukan yang diterima dari pelbagai sumber. Sumber-sumber itu harus diuruskan dengan lebih efisien dan efektif mengikut prosedur kewangan kerajaan yang sedang berkuatkuasa dan perubahan dari masa ke semasa.

Bahagian ini terdiri daripada empat (4) cawangan iaitu:

  • Cawangan Belanjawan
  • Cawangan Perolehan
  • Cawangan Akaun
  • Cawangan Bayaran dan Penggajian
  • Cawangan Pengurusan Harta

 

Objektif
Menguruskan kewangan dan harta LPP secara berhemat serta cekap berlandaskan peraturan dan tatacara pengurusan kewangan umum bagi memastikan akaun tabiliti pengurusan kewangan

Moto
CEPAT,TEPAT DAN BERHEMAT
 

Piagam Pelanggan

Kami berazam memberikan perkhidmatan yang cekap,bersih dan amanah untuk memenuhi wawasan lembaga pertubuhan peladang seperti berikut:

1. Menjelaskan pembayaran ke atas semua tuntutan pembayaran yang lengkap dalam tempoh 14 hari

2. Memberi keputusan permohonan pinjaman komputer dan kenderaan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap

3. Mengemukakan penyata kewangan muktamad bagi tahun berakhir 31 disember sebelum 30 april tahun berikutnya.

4. Mengeluarkan pesanan tempatan untuk permohonan perolehan yang lengkap dan diluluskan kepada pembekal dalam tempoh seperti berikut:

  1. Kontrak pusat : 6 hari bekerja dari tarikh permohonan
  2. Pembelian terus : 6 hari bekerja dari tarikh permohonan
  3. Sebutharga : 14 hari bekerja dari tarikh permohonan

5. Mengeluarkan keputusan tender perolehan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh ditutup

6. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan lpp yang lengkap dengan justifikasi mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan oleh kementerian pertanian dan kementerian kewangan

7. Memberi keputusan permohonan tambahan peruntukan mengurus kepada lpp negeri dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima

8. Membuat pembayaran gaji bulanan pada tarikh yang ditentukan oleh surat pekeliling akauntan negara malaysia mengenai tarikh dan peraturan pembayaran gaji bulanan

 

Panduan dan Rujukan
Perlaksanaan tugas dan tanggungjawab berpandu dan merujuk kepada prosedur dan kuasa-kuasa kewangan yang ternyata di dalam:

a) Akta 110-Akta LPP 1973

b) Akta Acara Kewangan1957

c) Arahan Perbendaharaan

d) Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan

e) Pekeliling dan Surat Pekeliling Perkhidmatan

f) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan

g) Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam

h) Pekeliling Ketua Pengarah LPP

i) Surat Arahan Perbendaharaan

 

 

Maklumat Pegawai untuk dihubungi:
Nama : Muhammad Halim bin Milatusamshi
Jawatan : Penolong Pengarah
No. Telefon : 03-26109600
Email : mhalim83@lpp.gov.my

 

 

 

 



Dikemaskini pada: 14 Nov, 2018




PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda