CEMERLANG

 

25/11/2009

Yayasan Pelajaran Peladang, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) meneruskan tradisinya memberikan penghargaan kepada anak-anak peladang yang cemerlang dalam pengajian di peringkat ijazah pertama institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Anugerah Perdana yang dimulakan pada 1998 itu bertujuan mengiktiraf dan menggalakkan pencapaian cemerlang pendidikan anak-anak peladang dalam pelbagai bidang di IPTA.

Bagi tahun ini, pelajar Universiti Putra Malaysia, Syed Badruzzaman Syed Sagoff diumumkan sebagai pemenang utama anugerah itu dengan hadiah wang tunai RM4,000 dan sijil.

Selain Syed Badruzzaman, Mohamad Syukri Haron dan Hamidi Sarif masing-masing dari Universiti Teknologi Malaysia diumumkan sebagai pemenang kedua dan ketiga dengan hadiah RM3,000 dan RM2,500 berserta sijil.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Dikemaskini pada: 14 Nov, 2018




PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda