Pengorbanan Razmi berbaloi

Pengorbanan Razmi berbaloi

Oleh TENGKU FAUZIAH NGAH
utusanterengganu@utusan.com.my

Ramzi (kanan) menemani Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri, Shamsuddin Mat (kiri) melepaskan ikan ke dalam kolam pancingnya di Kampung Panji, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU 27 Dis. - Lima tahun lalu, Muhd. Ramzi Abdullah, 30, melepaskan jawatan tetap sebagai jurutera di Cyberjaya ketika baru memulakan kehidupan bekerjaya kerana nekad terjun ke dalam bidang yang akhirnya dirasakan lebih dekat dengannya.

Biarpun menerima tawaran menjadi pensyarah dan rakan-rakan merasakan beliau membuat keputusan yang silap selepas bertahun-tahun menghabiskan masa di universiti, Muhd. Ramzi yang berasal dari Kampung Durian Burung di sini, meneruskan juga dengan sokongan keluarga.

Selepas melepaskan jawatan tetap pada 2007, dia terus mengikuti kursus-kursus pendek dalam bidang akuakultur anjuran Jabatan Perikanan Terengganu.

© Utusan Melayu (M) Bhd



Dikemaskini pada: 21 May, 2018




KONGSI ARTIKEL INI

PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda