1. Apa itu Pertubuhan Peladang?

Pertubuhan Peladang ditubuh dan didaftarkan dibawah Akta 109 Pertubuhan Peladang 1973. Ianya merupakan pertubuhan yang dimiliki oleh masyarakat peladang. Pertubuhan Peladang menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi dan sosial dengan mengamalkan prinsip koperasi.

 

2. Bagaimana ingin menjadi ahli Pertubuhan Peladang?

Berdasarkan Akta 109 Pertubuhan Peladang 1973, Seksyen 9 (1) seseorang yang mana adalah seorang warganegara Malaysia, telah mencapai umur 18 tahun dan;

  • adalah mengambil bahagian dalam pengeluaran pertanian atau ternakan;
  • yang pendapatanya didapati dari pengeluaran pertanian atau ternakan; atau
  • adalah menguasai mana-mana faktor-faktor pengeluaran pertanian atau ternakan;
  • adalah layak memohon untuk menjadi seorang ahli sesuatu Pertubuhan Peladang.

 

3. Apakah Objektif Pertubuhan Peladang (PP)?

Objektif utama Pertubuhan Peladang adalah seperti di bawah:-

  • Untuk meninggikan taraf ekonomi dan sosial ahli-ahli PP
  • Menambah pengetahuan dan kemahiran ahli-ahli PP
  • Meningkatkan hasil pendapatan dan membaiki taraf hidup ahli-ahli PP
  • Mewujudkan satu masyarakat tani yang progresif, berdikari, makmur dan bersatupadu

 

4. Apakah syarat / kelayakan untuk menjadi ahli Pertubuhan Peladang?

Berdasarkan Akta 109 Pertubuhan Peladang 1973, Seksyen 9 (1)

  • Seorang warganegara Malaysia;
  • telah mencapai umur 18 tahun;
  • projek mesti berada dalam kawasan pengendalian Pertubuhan Peladang;
  • adalah mengambil bahagian dalam pengeluaran pertanian atau ternakan;
  • yang pendapatanya didapati dari pengeluaran pertanian atau ternakan; atau
  • adalah menguasai mana-mana faktor-faktor pengeluaran pertanian atau ternakan

 

5. Bagaimanakah cara untuk menjadi ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)?

Langkah-langkah untuk menjadi ahli PPK adalah seperti di bawah:-

  • Mengunjungi PPK di kawasan anda
  • Mendapatkan borang
  • Mengisi borang dan mengemukakan kepada PPK
  • Pertimbangan dan kelulusan Jemaah Pengarah PPK
  • Sijil atau kad keahlian dikeluarkan
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan bayaran masuk dan syer sebagaimana ditetapkan mengikut Perlembagaan PPK berkenaan
  • Jika sesuatu permohonan ditolak, pemohon bolehlah membuat rayuan kepada Pendaftar dalam masa 14 hari Pendaftar akan membuat pertimbangan sama ada menerima atau menolak.
  • Sekiranya rayuan ditolak segala pembayaran akan dikembalikan semula

 

6. Apakah perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)?

Di antara perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh PPK adalah seperti di bawah:-

  • Membantu mendapatkan khidmat nasihat teknikal dan keusahawanan projek pertanian
  • Pembekalan input pertanian dan khidmat kejenteraan ladang dengan kos berpatutan
  • Pengangkutan dan pemasaran hasil-hasil pertanian
  • Pemprosesan hasil-hasil pertanian
  • Kredit untuk melaksanakan projek-projek perladangan, pemprosesan dan bantuan baja padi Kerajaan Persekutuan
  • Kebajikan daripada kegiatan-kegiatan sosial PPK

 

7. Apakah faedah-faedah yang akan diperolehi sebagai ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)?

Di antara faedah-faedah yang akan diperolehi oleh ahli peladang ialah:-

  • Mendapat khidmat nasihat teknikal dan keusahawanan berhubung projek pertanian
  • Mendapat pendapatan dengan menyertai projek-projek PPK seperti mini estet kelapa sawit, padi dan sebagainya serta projek ternakan, ternaikair, industri kecil dan pemprosesan makanan
  • Mendapat perlindungan keselamatan melalui insurans sama ada individu/kumpulan (sebahagian PP)
  • Mendapat bantuan kewangan dalam bentuk khairat kematian, pembiayaan pelajaran anak-anak serta bantuan bencana alam atau kemalangan
  • Berpeluang mengikut seminar ,konvensyen dan kursus kemahiran dalam bidang pertanian, pemasaran, pemprosesan, keusahawan dan kempimpinan
  • Berpeluang menyertai lawatan sambil belajar di dalam dan luar negeri
  • Boleh menyertai pertandingan seperti Peladang Jaya Lelaki atau Wanita dan lain-lain kategori sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan pada setiap tahun
  • Berpeluang menjadi pemimpin Peladang melalui Perwakilan ke Mesyuarat Agung PPK/PPN/NAFAS
  • Mendapat maklumat-maklumat yang terkini melalui bahan-bahan penerbitan Pertubuhan Peladang dan Lembaga Pertubuhan Peladang seperti berita PPK, Peladang Jaya dan sebagainya serta Khidmat Pengembangan Jabatan termasuk agensi-agensi lain
  • Menikmati kemudahan-kemudahan kelas bimbingan tadika dan perpustakaan kecil untuk anak-anak
  • Mendapat dividen atas modal syer, hadiah atau diskaun atas langganan dan saham bonus jika PPK mendapat keuntungan
  • Mendapat kemudahan pembiayaan projek kepada ahli yang layak

 

Nama : Kamsani Bin Adam
Jawatan : Timbalan Pengarah
No. Telefon : 03-2610 9600 (9796)
Email : kamsani@lpp.gov.my

 

 

 

 

 



Dikemaskini pada: 16 Oct, 2019




PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda