AMANAT KETUA PENGARAH
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG 2015

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHIWABARAKATUH
DAN SALAM SEJAHTERA 

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah SWT dengan limpah rahmat-Nya kita sama-sama melangkah ke Tahun Baru 2015 dengan penuh iltizam untuk melaksana tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh komited sebagai peneraju transformasi Pertubuhan Peladang (PP) dan Peladang Progresif di negara ini.

Sempena ulang tahun ke-42 penubuhan LPP, tanggal 25 Februari 2013, tercatat sejarah yang akan dikenang oleh warga kerja LPP dan PP apabila Menara LPP dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke enam. Menara LPP setinggi 10 tingkat yang tersergam indah berlatarbelakangkan Bangunan Parlimen menjadi mercu tanda kemegahan bagi seluruh masyarakat peladang di negara ini.

Tahun 2014 baru sahaja melabuhkan tirainya. Pelbagai dugaan yang dirasai oleh seluruh penjawat awam dan seluruh rakyat Malaysia seperti gangguan bekalan air, kehilangan pesawat MAS dan Air Asia, Banjir di      Pantai Timur dan Utara dan kehilangan tokoh-tokoh veteren Negara.

Kejayaan HPPNK/MAHA 2014 – Terima kasih kepada semua yang terlibat bermula 20 hingga 30 November 2014 di MAEPS Serdang yang lalu bertemakan “Agroteknologi Pemangkin Transformasi” atau             “Agrotechnology Catalyst for Trasformation”. Pada tahun 2015 ini, semua   LPP Negeri diminta merancang dengan lebih awal program ‘Road To HPPN 2015’ sebanyak 13 siri bersama YB Menteri Pertanian dan Industri Asas   tani.

Pada tahun 2014 ini, , pelbagai usaha dimainkan oleh LPP melalui pelbagai skim yang tawarkan seperti Agropreneur Muda. Kita Berjaya melahirkan usahawan muda yang berpendapatan melebihi RM 5,000 sebulan. Ini satu ‘outcome’ yang dilihat mampu mewujudkan rangkaian Usahawan Muda di kalangan Peladang kita.

Bagi mendepani tahun 2015, warga LPP haruslah berpandangan positif dan berinovatif dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik. Kita perlu bertindak pantas secara berpasukan melaksanakan agenda transformasi PP dengan memberi mutu perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat peladang.

LPP menerusi pergerakan PP adalah seiringan dalam merealisasikan DAN dalam menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat dimakan, menjadikan industri agromakanan berdaya saing serta meningkatkan pendapatan usahawan tani.

Saya berkeyakinan bahawa warga kerja LPP dapat menerima cabaran ini dan mempersiapkan diri bagi sama-sama menumpukan segala usaha, tenaga dan fikiran bagi melaksanakannya dengan cara terbaik.

Sebagai sebahagian dari anggota dalam Masyarakat Peladang, kita perlu memiliki Integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani serta dihormati oleh semua pihak.

Integriti merangkumi aspek amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan tanggungjawab. Tanpa integriti, kita tidak akan kemana-mana kerana ukuran bagi sesebuah organisasi yang unggul adalah berdasarkan kepada warga kerjanya yang berintegriti. Secara mudah, kecantikan hanya bermula dari hati yang bersih dan bukannya paras rupa semata-mata.

BANJIR LUAR BIASA

 LPP merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli skuad banjir LPP yang diketuai oleh Tuan Haji Abdullah Hassan, Pengarah Bahagian Kejuruteraan telah bertungkus-lumus memastikan kejayaan misi bantuan banjir di beberapa daerah yang terjejas teruk di Pahang, Kelantan, Terangganu, Perak, Kedah, Perlis dan Johor serta semua sukarelawan yang sudi membantu tugas-tugas pembersihan di daerah yang dikenalpasti. Selain itu, kepada semua LPP Negeri yang telah menggerakkan skuad bantuan masing-masing di kawasan berisiko tinggi. Tahniah sekali lagi.

Selain itu, LPP juga merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak NAFAS yang membantu menyumbangkan sumber makanan, beg sekolah dan lain-lain keperluan semasa termasuk tenaga kerja bagi membantu Banjir di Pantai Timur serta Utara yang berjumlah RM 1.5 juta.

Bancian anggaran kerugian keseluruhan mangsa sebanyak RM 105 juta akibat banjir melibatkan tanaman padi, buah-buahan, sayur-sayuran, ternakan, akuakultur, nelayan dan industry asas tani.

Di peringkat LPP/PP sahaja setakat ini berjumlah RM 45 juta merangkumi projek makanan (komoditi) & Infra, asset LPP/PP, projek IAT & infra serta peralatan. Kita akan dapatkan jumlah sebenar dari masa ke masa sesuai dengan syarat dari Majlis Keselamatan Negara bagi tujuan agihan peruntukan.

TABUNG BENCANA AGROMAKANAN

Tabung telah diwujudkan sejak tahun 2014 oleh MOA dengan geran permulaan sebanyak RM 10 juta telah disalur kepada pengusaha agromakanan yang terjejas akibat banjir dan kemarau.

Pada tahun 2015, RM 50 juta telah disediakan di bawah Tabung ini manakala sebarang penambahan akan dikaji semula.

KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI)

Alhamdulillah bagi tahun 2014, kita telah mencapai kesemua KPI yang ditetapkan kecuali bilangan Mesyuarat MPPP yang agak lemah. Pada tahun 2015 ini, kita akan memberikan penekanan dan fokus terhadap beberapa perkara seperti berikut:

Prestasi Belanja Peruntukan (BAJET)

Syabas dan tahniah kerana kita telah Berjaya membelanjakan kesemua peruntukan tahun 2014 dengan mengikut skop dan peraturan yang ditetapkan secara berhemah.

Pada tahun 2015, kita telah menerima peruntukan Mengurus sebanyak RM 173.0 juta dan peruntukan Pembangunan sebanyak RM 31.627 juta.

Semua pihak hendaklah membuat perancangan dengan lebih teliti bagi mengoptimumkan perbelanjaan.

Jihad Memerangi Orang Tengah (a)

(Mewujudkan 200 Pusat pengumpulan hasil Pertanian)

  1. Sasaran 2015 seramai 45,000 orang dengan peruntukan RM 20.0 juta.
  2. Sasaran hasil yang dipasarkan – 9,600 M/tan
  3. Bertujuan menangani manipulasi orang tengah dalam sektor ternakan, ternakair dan tanaman.

Pengeluar mendapat harga yang lebih tinggi antara 5-15% dan pengguna mendapat harga di bawah pasaran antara 5-10% lebih rendah.

Jihad Memerangi Orang Tengah (b)

(Pusat pengumpulan Padi PP)

  1. Sasaran tahun 2015 seramai 30,000 orang dengan 33 Pusat Pengumpulan Padi PP.
  2. Sasaran hasil dipasarkan sebanyak 140 M/tan.
  3. Menawarkan harga dan perkhidmatan yang kompetitif.
  4. Menyedia dan memudahkan sumber hasil tani yang berterusan (sustainable).

Jihad Memerangi Orang Tengah (c)

(Perkhidmatan Mekanisasi Ladang)

  1. Sasaran tahun 2015 sebanyak 65,000 hektar.
  2. Sasaran penuaian sebanyak 43,000 Ha140 M/tan.
  3. Perkhidmatan Pengangkutan sebanyak 118,000 M/tan.

 Jihad Memerangi Orang Tengah (d)

(Stok Penimbal Ayam )

  1. Sasaran bilangan yang mendapat faedah seramai 40,000 Orang dengan peruntukan sebanyak RM 1.5 juta.
  2. Pihak NAFAS diminta melihat keberkesanan perancangan.

 
(Daging)

  1. Sasaran tahun 2015 bilangan yang mendapat faedah seramai 60,000 orang dengan peruntukan RM 3.5 juta.
  2. Sasaran jumlah pengeluaran hasil sebanyak 120,000 M/tan.
  3. Pihak NAFAS diminta untuk melihat semula perkara ini.

 
(Geran pemadanan RM 100 juta oleh NAFAS)

  1. Pembiayaan Jangka Panjang RM 10.0 juta.
  2. Pembiayaan Jangka Pendek RM 10.0 juta.
  3. Kemudahan Kredit Berputar RM 10.0 juta.
  4. Sewa Beli RM 5.0 juta.
  5. Usahasama/ Modal Teroka RM 65.0 juta.

Transformasi Pertubuhan Peladang (Memperkasakan Kepimpinan PP)

(Merelisasikan kepimpinan yang lebih Dinamik Di PP-Kursus mandatori AJP PP)

  1. Sasaran seramai 1,280 orang.
  2. Kursus Kepimpinan akan diadakan pada Mac 2015.
  3. Meremajakan Kepimpinan AJP PP.

Transformasi Pertubuhan Peladang

(Ke arah peningkatan anggota PP 1 juta orang menjelang 2020)

  1. Sasaran penambahan seramai 23,577 orang bagi tahun 2015    diseluruh Malaysia.           
  2. Keahlian kini seramai 858,537 orang.

Program Agropreneur - Membangunkan Usahawan Peladang

  1. Pengwujudan Projek Ekonomi – Agropreneur Muda/ Kor Tani seramai 100 orang.
  2. Pengwujudan Projek Ekonomi – Peladangnita seramai 100 orang.
  3. Pengwujudan usahawasan bumiputera seramai 100 orang.
  4. Program Usahawan Peladang Yang Berpendapatan Minimum RM 4,000 orang – sasaran 200 orang.

MOA Go Global – Penembusan Pasaran Antarabangsa

  1. Bilangan outlet = 10
  2. Niali (RM) = RM 1.0 juta
  3. Kita akan mewujudkan Kilang Memproses Makanan di Kedah sebagai perancangan tahun 2015.

  Pengukuhan Rantaian Nilai

Benih Padi (Kilang benih Padi Lahar Bubu, Pulau Pinang).
Jumlah Pengeluaran Benih 2015 = 7,250 M/tan dengan nilai RM 10.0 juta.

Pengukuhan Rantaian Nilai

Benih Ayam (DOC)

  1. Peruntukan RM 3.3 juta.
  2. Jumlah Pengeluaran DOC (ekor) sebanyak 4,500,000 ekor dengan nilai sasaran RM 7.25 juta.

Program Tanah Terbiar (HA)

(Tanah yang tidak diusahakan oleh tuan tanah walaupun berpotensi)

  1. Sasaran pada tahun 2015 adalah sebanyak 300 Ha.
  2. PPK diminta untuk memainkan peranan dalam merangka projek-projek pembangunan yang dilihat berpotensi untuk dibangunkan dengan projek Tanaman dan agromakanan.
  3. Ini merupakan program Transformasi Pertanian.

ANUGERAH & PINGAT

Tahniah dan syabas kepada dua (2) orang Pengarah Negeri Kedah dan Pahang yang menerima penganugerahan pingat kebesaran yang membawa gelaran Dato’. Diharap pihak pengurusan dapat mencalonkan pegawai dan anggota yang berpotensi dan berdedikasi bagi penganugerahan pingat yang bersesuaian di masa akan datang bagi memotivasikan selain meningkatkan imej LPP.

KEJAYAAN LPP TAHUN 2014 (SUCCESS STORY)

HPPNK & MAHA 2014

Ucapan tahniah kepada semua anggota yang terlibat dalam program HPPNK & MAHA 2014.

Antara pertandingan yang dimenangi oleh LPP dalam Pertandingan HPPNK&MAHA 2015 adalah:

PPK Jaya – PPK Kangkong

Unit Peladang Jaya – Kelemak, Alor Gajah

Peladang Jaya Lelaki – Hj Md Judiya Bin Malek, PPK Simpang Renggam.

Peladang Jaya Wanita – Hajah Nasiah Bt Hj Mohd Yunus, PPK Penaga Pulau Pinang.

 E-Undi

Penggunaan kaedah E-Undi telah Berjaya menjimatkan masa contohnya, Mesyuarat Agung Nafas tahun 2014, seramai 382 perwakilan mengundi dan keputusan diperoleh dalam tempoh 25 minit.  Sementara itu di peringkat Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Nafas seramai 3,321 orang telah mengundi menggunakan E-UNDI untuk memilih barisan kepimpinan di peringkat masing-masing. Sebanyak 276 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) akan menggunakan sistem itu tahun  2016.

Perjawatan LPP

Pada tahun 2015, LPP telah mendapat kelulusan penambahbaikan perjawatan yang dinaik taraf sebanyak 15 Jawatan baru, 73 jawatan yang ditambahbaik (Upgrade).

Konvensyen KIK Peringkat MOA

LPP telah memperolehi Kejayaan dalam Konvensyen KIK Moa seperti berikut:

PPN Perak memenangi Tempat Pertama bagi Kategori Teknikal.

PPK Pasir Panjang bagi Kategori Pengurusan dan Persembahan terbaik.

Konvesyen KIK Peringkat Perkhidmatan Awam

PPN Perak telah memenangi Tempat Pertama kategori Teknikal.

Sambutan 6 Ogos (Hari Peladang, Penternak dan Nelayan)

LPP telah mengadakan Slot bersama YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dalam program Siaran Langsung “Selamat pagi Malaysia” di siaran Perdana RTM TV 1.

Sijil Audit Bersih

LPP telah menerima penganugerahan Sijil Audit Bersih dari Ketua Audit Negara bagi Laporan Ketua Audit Negara melalui Penyata Kewangan LPP bagi Tahun 2013.

PETIKAN UCAPAN YAB PERDANA MENTERI

Perutusan Khas Tentang Perkembangan Ekonomi Semasa serta Kedudukan Kewangan Negara di Pusat Konvensyen (PICC) pada 20 Januari 2015 (Selasa).

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak, dalam ucapan beliau dalam Perutusan Khas Tentang Perkembangan Ekonomi Semasa serta Kedudukan Kewangan Negara di Pusat Konvensyen (PICC) pada 20 Januari 2015 (Selasa) lalu, telah memaklumkan mengenai transformasi. Transformasi yang dimaksudkan adalah bersifat structural, iaitu:

Memperkasa dasar negara dan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berupaya meningkatkan daya saing negara. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, telah pun menggariskan structural reform tersebut di dalam Dasar Transformasi Negara supaya Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Hubungkait transformasi yang dicanangkan dengan penjawat awam,, apabila transformasi yang dilakukan berupaya meningkatkan daya saing negara, menjanakan kadar pertumbuhan ekonomi yang positif, Kerajaan akan dapat mempertimbangkan insentif dan kemudahan-kemudahan lain untuk kebajikan penjawat awam. Kerajaan perlu mengambil kira kejatuhan harga minyak yang boleh memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi Negara sekaligus kepada dasar dan konsolidasi fiskal, soal nilai ringgit dan sebagainya.

Kerajaan juga akan menjamin pelaksanaan cukai barangan dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April ini mengikut perancangan supaya rakyat tidak perlu menanggung beban yang berat melalui sistem cukai baharu. Kerajaan juga menekankan kepentingan Rancangan Malaysia ke-11 yang akan dilancarkan pada Mei ini kerana rancangan lima tahun itu adalah pusingan terakhir dalam perjalanan Malaysia mencapai matlamat Wawasan 2020.

Bagi amalan perbelanjaan berhemah pula, untuk merasionalisasikan perbelanjaan, kerajaan akan mengoptimumkan perbelanjaan ke atas bekalan, perkhidmatan penganjuran majlis dan mesyuarat serta perkhidmatan professional yang memberi penjimatan sebanyak RM 1.6 billion.

PENUTUP

Saya turut mengharapkan semua warga kerja LPP dan PP membudayakan pendekatan ’Merakyatkan Perkhidmatan Awam’ dalam menjalankan tugas. Kita mempunyai dua peranan iaitu sebagai penjawat awam yang menyediakan perkhidmatan kepada rakyat dan kita juga adalah sebagai rakyat yang memerlu serta menerima perkhidmatan daripada penjawat awam. Oleh itu, tanamkanlah sifat murni di kalangan warga kerja LPP dan PP untuk sentiasa boleh memberikan perkhidmatan terbaik secara bersungguh-sungguh untuk memenuhi permintaan pelanggan yang pelbagai bentuknya. Pendekatan turun padang bagi warga kerja LPP dan PP mendekati masyarakat peladang serta mengambil tindakan proaktif membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka hendaklah diteruskan dan dipertingkatkan pada tahun ini.

Saya memohon kerjasama dan sokongan daripada semua warga kerja LPP untuk berkerja sebagai satu pasukan dengan semangat yang tinggi dan sepenuh hati untuk membudayakan kecemerlangan dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat peladang seluruh negeri. Di kesempatan ini juga saya memetik kata-kata YAB Perdana Menteri Malaysia dalam ucapan beliau pada 20 Januari 2015 yang lalu, “Sesungguhnya jua dalam segala kudrat manusiawi, kepada Allah kita bergantung dan mengembalikan segala urusan. Apa yang paling mustahak kepada seluruh rakyat Malaysia sederap satu solidariti kita mampu menongkah dan melangkah apa jua cabaran serta rintangan yang mendatang. Pastinya setiap kesukaran itu ada janji-janji kesenangan dan bahagia yang menanti”.

Sekian
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum W.B.T

DATO' ARPAN SHAH BIN SATU
Ketua Pengarah
Lembaga Pertubuhan Peladang

 

 

 



Dikemaskini pada: 14 Nov, 2018




PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda