1.Apakah sektor-sektor yang dibiayai oleh PMAK?

 

Sektor-sektor terlibat ialah:-

Tanaman

Ternakan

Ternakair

Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS)

Perkhidmatan Jentera Kecil dan

Perkhidmatan.

  

2.Siapakah peserta projek PMAK?

 Peserta  projek PMAK  adalah  terdiri  dari  ahli  peladang   sesebuah  Pertubuhan  Peladang  Kawasan  (PPK)  yang  melaksanakan projek/komoditi dalam satu kelompok atau  kumpulan tidak kurang 5 orang dan tidak melebihi 10 orang.

  

3.Apakah bentuk pembiayaan yang diberikan?

 Semua projek ekonomi dibiayai secara geran manakala bagi projek ternakan, pembiayaan diberi secara kredit (pinjaman).

  

4.Syarat-Syarat untuk mendapatkan pembiayaan PMAK?

 

Syarat-syarat pembiayaan:-

Peserta projek PMAK mestilah seorang ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK);

Telah menjadi ahli tidak kurang dari 6 bulan semasa membuat permohonan;

Mempunyai tanah sendiri dan telah memulakan projek yang ingin dibiayai;

Permohonan hendaklah melalui PPK dan disokong oleh Pengarah LPP Negeri;

Bersetuju dengan syarat-syarat pembiayaan sebagaimana perjanjian yang dipersetujui;

Menyumbang kepada tabung PMAK bagi membantu peserta-peserta baru dalam projek yang lain; dan

Kelulusan permohonan tertakluk kepada peruntukan dan kelayakan pemohon.

  

5.Bagaimana mendapatkan pembiayaan PMAK secara  kredit?

 Syarat-syarat pembiayaan secara kredit/pinjaman adalah sama  dengan  soalan nombor 4 di atas, selain  itu  pemohon  mesti bersetuju   dengan   tempuh   bayaran   balik   pinjaman   yang   diperakui  dalam surat  perjanjian.

  

6.Anda perlu keterangan lanjut?

 Sila hubungi Cawangan Pembangunan Manusia Asas Komoditi  (PMAK) Bahagian Pembangunan Usahawan Peladang, LPP  Ibu Pejabat di talian 03-20945222 sambungan 5175 dan 5139.


 

Nama : Che Aloha Binti Sulaiman
Jawatan : Timbalan Pengarah
No. Telefon : 03-26109600
Email : chealoha@lpp.gov.my

 

 



Dikemaskini pada: 23 Aug, 2019




PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda