SERDANG 7 Dis. - Seminar Transformasi Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2016) merupakan platform memberi pendedahan kepada usahawan muda menceburi dan memajukan sektor pertanian.

Seminar Transformasi Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2016) merupakan platform memberi pendedahan kepada usahawan muda menceburi dan memajukan sektor pertanian. 
Sempena MAHA 2016 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), seminar itu bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan muda dan juga memberi panduan serta dorongan kepada mereka untuk terlibat dalam sektor pertanian.
Seminar yang bermula hari ini hingga Sabtu memberi penerangan mengenai peluang perniagaan dalam sektor pertanian dan agromakanan di pasaran tempatan dan antarabangsa selain meningkatkan kesedaran untuk memajukan sektor pertanian pada masa hadapan. 
Segmen hari ini termasuk taklimat oleh Pengusaha Seri Melayu Aida Abd Samat yang memberi penerangan mengenai kemasukan dan saringan produk makanan proses, potensi, prosedur dan peraturan yang perlu dipatuhi untuk menembusi pasaran Australia. 
Selain itu, Pengusaha Adeq Sue Resources Sdn Bhd yang juga seorang pemain bola sepak kebangsaan, Hairuddin Omar turut berkongsi kisah kejayaan beliau sebagai agropreneur muda. 
"Nasihat saya agar usahawan muda yang mahu berniaga supaya lebih memahami identiti produk atau perniagaan sendiri selain belajar tentang strategi-strategi pemasaran untuk memulakan perniagaan," katanya. 
MAHA 2016, yang merupakan ekspo pertanian terbesar Malaysia, anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berlangsung di MAEPS sejak 1 hingga 11 Dis ini dengan tema 'Makanan Kita, Masa Depan Kita'.
-- BERNAMA 



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/utama/seminar-transformasi-maha-dorong-usahawan-muda-maju-sektor-pertanian-1.417422#ixzz4gY5uGa5c 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

 

 

 

 



Dikemaskini pada: 16 Dec, 2018




PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda