Saya seorang petani di kampung, di manakah saya boleh mendapatkan bantuan pertanian yang dikeluarkan oleh Kerajaan?

Cara mudah bagi tuan yang berada di kampung ialah dengan mengunjungi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) berdekatan. Tuan bolehlah mendapatkan maklumat jenis bantuan bersesuaian yang ada pada masa itu.

Selain dari bantuan kerajaan, PPK juga ada menyediakan kemudahan seperti khidmat nasihat, skim pinjaman dan lain - lain kepada ahlinya yang berminat dalam projek pertanian, pengeluaran makanan dan Industri Kecil Sederhana (IKS).

Sekiranya projek yang dicadang berkaitan dengan agensi-agensi lain di bawah Kementerian Pertanian Industri Dan Asas Tani, biasanya PPK bersedia menyekong permohonan tuan untuk dipanjangkan kepada agensi-agensi berkaitan.

Tuan bolehlah menjadi ahli Pertubuhan Peladang dengan mengisi borang keahlian yang boleh didapati di PPK berkenaan.

 

Saya berminat menjalankan projek industri kecil membuat makanan ringan. Di manakah saya boleh mendapatkan khidmat nasihat?

Tuan boleh mendapatkan khidmat nasihat dan latihan kemahiran yang diberikan oleh LPP. Walaubagaimanapun tuan dikehendaki menjadi ahli PPK di kawasan tuan terlebih dahulu.

   

Saya berminat menjalankan projek akuakultur. Saya mempunyai sebidang tanah seluas 2.5 hektar. Bolehkah saya memohon kursus teknologi ini dari LPP?

Setiap tahun LPP merangka dan menyediakan peluang kursus kepada ahli-ahli peladang melalui program pemindahan teknologi pertanian. LPP melalui Pertubuhan Peladang (PP) akan menyedia, mengatur dan menggembleng penternak secara bersepadu ke arah petani komersial.

Harga input pertanian di kedai Pertubuhan Peladang lebih tinggi dari kedai luar. Mohon harga input pertanian ini diselaraskan.

Harga input pertanian ini berbeza diantara Pertubuhan Peladang dengan kedai luar kerana beberapa faktor perniagaan. Walau bagaimanapun, perkara ini akan diselaraskan di dalam mesyuarat di antara pembekal dengan Pertubuhan Peladang.

 

Saya telah dua tahun menjadi ahli PPK dan saya dimaklumkan LPP ada mengeluarkan Skim Pemilikan Jentera dan Peralatan kepada Peladang. Bagaimanakah saya boleh memohon skim tersebut?

Skim Pemilikan Jentera Kecil Pertanian dikelolakan oleh LPP bagi ahli-ahli peladang yang mengusahakan projek pertanian dan memerlukan jentera. Di bawah skim ini, pemilik dikehendaki mengeluarkan modal sendiri 50% dan baki 50% lagi dikeluarkan di bawah tabung pinjaman jentera kecil. Jumlah pinjaman ditetapkan pada had maksimum RM5,000 sahaja.
 

Nama : Norshida Binti Baharuddin
Jawatan : Timbalan Pengarah
No. Telefon : 03-26109600
Email : norshida@lpp.gov.my

Nama : En. Mohd. Nor Khairil Redzuan bin Khlid
Jawatan : Pegawai Perhubungan Awam
No. Telefon : 03-26109600
Email : khairilredzuan@lpp.gov.my

 

 

 



Dikemaskini pada: 21 Aug, 2018




PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda