ANUGERAH PERDANA YPP


Anugerah Perdana mula dilaksanakan pada Tahun 1998, bertujuan untuk mengiktiraf serta menggalakkan pencapaian dan kecemerlangan pendidikan anak-anak peladang di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kriteria yang ditetapkan bagi memilih pemenang anugerah adalah seperti berikut:

i) Calon-calon adalah anak kepada ahli Pertubuhan Peladang Kawasan,

ii) Penuntut di Institut Pendidikan Tinggi Awam (Pengajian peringkat Ijazah / Bachelor),

iii) Memperolehi Keputusan peperiksaan terkini dengan gred purata timbunan (CGPA) sekurang-kurangnya 3.00 ke atas. Keputusan peperiksaan yang diambilkira adalah di antara Semester Kedua Tahun Satu hingga Semester Pertama Tahun Akhir,

iv) Bidang pengajian yang diberi keutamaan adalah :

Bachelor [Sains Pertanian/Sains Perniagaantani/ Sains Holtikultur/ Pengurusan Ladang/Akuakultur/ Sains Perhutanan/Sains Ternakan/ Teknologi Kayu/ Sains dan Teknologi Makanan/ Sains Bioindustri/ Kejuruteraan (Biologi dan Pertanian)/Kejuruteraan (Sistem Komputer dan Komunikasi /Kejuruteraan (Proses dan Makanan)/Perubatan Veterinar/Perakaunan dan Sains Komputer].

 

Bentuk Hadiah Anugerah Perdana:

i) Kategori Terbaik Kebangsaan         : RM4,000.00 dan Sijil

ii) Kategori Terbaik Kebangsaan (Kedua) : RM3,000.00 dan Sijil

iii) Kategori Terbaik Kebangsaan (Ketiga) : RM2,500.00 dan Sijil

iv) Kategori Terbaik Peringkat Negeri : RM2,000.00 seorang dan sijil ;


(28 pemenang /dua pemenang bagi setiap negeri)

Penyampaian Anugerah ini dilaksanakan sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS setiap tahun.

[Muat Turun Borang]

 

 



Dikemaskini pada: 20 Sep, 2018




PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda