BAHAGIAN AUDIT PERTUBUHAN  LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

 
Visi
Menjadi Penyumbang Utama Ke Arah Tadbir Urus Pertubuhan Peladang Yang Berkualiti dan Berintegriti
 
Misi
Melaksanakan Pengauditan Secara Telus Dan Bebas Serta Menguatkuasakan Undang-Undang Secara Konsisten Terhadap Pertubuhan Peladang
 
Motto
Cekap, Tepat dan Adil
 
Objektif Umum
  • Mengeluarkan Laporan Audit Yang Tepat, Bebas dan Berkesan
  • Meningkatkan Keberkesanan dan mengurangkan Ketidakpatuhan Undang-Undang Oleh Pertubuhan Peladang
 
Objektif Khusus
  • Menguatkuasakan Pematuhan Undang-Undang Kepada Pertubuhan Peladang Di Bawah Peruntukan Akta PP 1973 (Akta 109) dan Peraturan- Peraturan Dibawahnya.
  • Melaksanakan Audit Berkanun di Bawah Seksyen 24 Akta PP 1973 (Akta 109) Mengikut Standard Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008
  • Melaksanakan Audit Pengurusan Di BAwah Seksyen 19(a), Akta PP 1973 (AKTA 109) Dengan Cekap Dan Berkesan.
  • Melaksanakan Siasatan Di Bawah Seksyen 19, Akta PP (Akta 109) Secara Telus Dan Adil.
 
Objektif Kualiti
Pengurusan menetapkan objektif kualiti mengikut keperluan atau perancangan strategik LPP keseluruhan. Objektif-objektif kualiti melibatkan peringkat proses kerja iaitu di Cawangan Audit Pertubuhan LPP Negeri dan Cawangan Audit Pertubuhan LPP Ibu Pejabat seperti berikut:

Cawangan Audit Pertubuhan LPP Negeri

  1. Menjalankan audit interim dalam tempoh 14 hari bagi setiap Pertubuhan Peladang
  2. Menjalankan audit akhir dalam tempoh 14 hari bagi setiap Pertubuhan Peladang.
  3. Menyediakan kertas kerja audit dalam tempoh 21 hari bagi setiap Pertubuhan Peladang Kawasan dan 30 hari bagi setiap Pertubuhan Peladang Negeri.
  4. Menyemak dan memperaku kertas kerja audit dalam tempoh 7 hari bagi setiap Pertubuhan Peladang untuk dikemukakan ke Bahagian Audit Pertubuhan LPP Ibu Pejabat.
  5. Mengeluarkan laporan pemerhatian audit kepada pengurusan Pertubuhan Peladang dalam tempoh 7 hari daripada tarikh selesai semakan kertas kerja.

Bahagian Audit Pertubuhan Ibu Pejabat/Cawangan Audit Pertubuhan Negeri Sabah.

  1. Mengeluarkan Laporan Juruaudit Pendaftar kepada Pertubuhan Peladang dalam tempoh 21 hari bagi setiap Pertubuhan Peladang.
  2. Mengeluarkan sijil kelulusan Pendaftar bagi Penyata Kewangan Beraudit yang telah diperakukan oleh Jemaah Pengarah dalam tempoh 3 hari bagi setiap Pertubuhan Peladang.
 
Piagam Pelanggan
  1. Menjalankan kerja-kerja pemeriksaan audit pengurusan dan membentangkan segala penemuan dalam tempoh 35 hari bekerja bagi tujuan penambahbaikan pengurusan Pertubuhan Peladang.
  2. Mengeluarkan Laporan Juruaudit Pendaftar bagi setiap Pertubuhan Peladang dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh kertas kerja audit diterima daripada LPP Negeri.
  3. Mengeluarkan sijil kelulusan Pendaftar bagi Penyata Kewangan Beraudit yang telah diperakukan oleh Jemaah Pengarah dalam tempoh 3 hari bekerja bagi setiap Pertubuhan Peladang.

 

CAWANGAN AUDIT PERTUBUHAN

Ketua Pengarah LPP, selaku Pendaftar PP bertanggungjawab melaksanakan tugas pengauditan berkanun ke atas Penyata Kewangan PP mengikut Peruntukan Seksyen 24 Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109). Cawangan Audit Pertubuhan bertanggungjawab melaksanakan pengauditan berkanun melalui prosedur standard dan menepati piawaian Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 daripada SIRIM QAS sejak tahun 2002

 

FUNGSI :

  1. Menjalankan perkhidmatan audit berkanun (Audit Kewangan) dan mengeluarkan Laporan Juruaudit ke atas Penyata Kewangan dan akaun-akaun Pertubuhan peladang (PP) tertakluk kepada kuasa di bawah peruntukan Seksyen 24 Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109).
  2. Mengeluarkan Sijil Kelulusan ke atas penyata kewangan PP mengikut Peruntukan Peraturan 67(10), Peraturan-peraturan PP (Pindaan) 2008 untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PP
  3. Mengeluarkan sijil kelulusan mengaudit oleh Pendaftar kepada firma Juruaudit swasta bagi menjalankan kuasa mengaudit ke atas Akaun- akaun mengikut syarat-syarat dan peruntukan yang ditetapkan dalam undang-undang.
  4. Merancang dan memantau kemajuan kerja audit berasaskan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008
  5. Memantau prestasi kutipan yuran audit

PENCAPAIAN PENGAUDITAN PP DARI TAHUN KEWANGAN 2010 – 2014

KATEGORI

TAHUN KEWANGAN

2010

2011

2012

2013

2014

JURU AUDIT PENDAFTAR

241

241

241

241

242

JURU AUDIT SWASTA

21

21

21

21

21

JUMLAH KESELURUHAN

262

262

262

262

263

 

CAWANGAN AUDIT PENGURUSAN

FUNGSI :

  • Menjalankan audit ke atas pengurusan aktiviti pentadbiran, perniagaan dan kewangan Pertubuhan Peladang bagi memastikan tadbir urus Pertubuhan adalah betul, cekap dan berkesan serta mematuhi peruntukan undang-undang ditetapkan tertakluk kepada kuasa di bawah Seksyen 19(a) dan 24A(1)(a)(b), Akta PP 1973 (Akta 109).
  • Menguruskan perlantikan panel juruaudit sekiranya perlu dan menjadi urusetia Jawatankuasa Induk Audit Pengurusan.
  • Mengeluarkan laporan atas penemuan-penemuan audit untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Induk Audit Pengurusan bagi tujuan tindakan susulan.
  • Mengadakan lawatan susulan ke PP yang terpilih (hasil dari laporan pemantauan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa Pemantauan Audit Pengurusan Peringkat Negeri) untuk memeriksa tindakan-tindakan penambahbaikan yang telah diambil.
  • Mengurus sijil-sijil penghargaan kepada panel audit yang telah selesai menjalankan pengauditan sekiranya ada perlantikan dibuat.
  • Memantau perlaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Audit Pengurusan Peringkat Negeri dan membuat analisa laporan mesyuarat pemantauan yang diterima.
  • Membuat penarafan Star – Rating ke atas PP yang diaudit.

 

PENCAPAIAN STAR RATING PP DARI TAHUN KEWANGAN 2011 – 2014

KATEGORI TAHUN KEWANGAN

 

2011

2012

2013

2014

5 STAR

0

1

2

3

4 STAR

11

5

12

28

3 STAR

19

36

25

9

2 STAR

0

0

1

0

JUMLAH

kESELURUHAN

30

42

40

40

 

Maklumat Pegawai untuk dihubungi:
Nama : Nurul Asyikin binti Sulaiman
Jawatan : Eksekutif Kanan Audit Pertubuhan
No. Telefon : 03-2610 9600
Email : nurulasyikin@lpp.gov.my

 

 



Dikemaskini pada: 27 May, 2018




PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda