Visi

Pemodenan sektor pertanian melalui Mekanisasi Ladang dan nilai tambah melalui Industri Asas Tani dan Lepas Tuai.

MISI

Menyediakan khidmat sokongan strategik seperti kejenteraan ladang, pengangkutan, Industri Asas Tani, Kemudahan Lepas Tuai dan infrastruktur.

 

OJEKTIF UMUM BAHAGIAN

Untuk menyediakan khidmat dan kemudahan bagi menggerak dan  menjayakan aktiviti Pertubuhan Peladang/ahli PP dalam perkhidmatan Mekanisasi Ladang, Khidmat Lepas Tuai, Pengangkutan, Industri Asas Tani dan Pemindahan Teknologi

a) Peningkatan kecekapan dan produktiviti Mekanisasi Ladang

b) Meningkatkan nilai tambah melalui Industri Asas Tani dan Lepas Tuai

 

OBJEKTIF KHUSUS BAHAGIAN

Menyediakan khidmat sokongan untuk PP/ahli dalam aktiviti perkhidmatan mekanisasi ladang, kemudahan lepas tuai, pengangkutan, perusahaan kecil sederhana dan pemindahan teknologi.

  1. Penyediaan khidmat kejenteraan kepada peladang dan ahli-ahli PP melalui PPN Jentera.
  2. Menyediakan kemudahan latihan kemahiran dan teknikal
  3. Menyediakan kemudahan infrastruktur pemasaran dan aktiviti lepas tuai untuk PP/ahli yang terlibat dengan pengeluaran makanan di bawah program kemudahan lepas tuai.
  4. Menyediakan kemudahan bagi aktiviti pemprosesan PP/ahli sebagai aktiviti hiliran ke atas projek-projek pengeluaran.
  5. Menyediakan kemudahan pengangkutan bagi memudahkan    aktiviti lepas tuai dan pemasaran hasil pertanian.
  6. Kemudahan pembiayaan di bawah Skim Sewa Pajak Tanpa Faedah (SSPTF) dan Sumbangan Tabung Kejenteraan Ladang.
  7. Penyediaan kemudahan asas kepada PP bagi meningkatkan system penyampaian dan keberkesanan perkhidmatan kepada ahli dan peladang.
  8. Penyediaan khidmat nasihat teknikal dan perunding bagi projek-projek teknikal.

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami berazam memberikan perkhidmatan yang cekap bagi menghasilkan kerja yang berkualiti dengan:

  1. Memberi keputusan kepada PP untuk permohonan projek pembangunan / tabung pinjaman yang berkenaan dalam tempoh satu (1) bulan.
  2. Membekal jentera, mesin dan peralatan menepati keperluan setiap PPN Jentera dan PP tertakluk kepada peraturan-peraturan kerajaan dan piawaian yang di tetapkan oleh jabatan-jabatan berkenaan.
  3. Mempastikan semua projek dilaksanakan mengikut piawaian industri kerajaan serta menepati keperluan pelanggan.
  4. Menyediakan khidmat nasihat teknikal dan perunding projek-projek dibawah Bahagian Kejuruteraan dan lain-lain Bahagian di LPP.
  5. Menjamin semua dokumen mengenai perolehan yang lengkap disahkan dalam tempoh tujuh (7) hari kerja, selepas penerimaannya.

 

Struktur Organisasi Bhg. Kejuruteraan dan Pejabat Wilayah

 

Maklumat Pegawai untuk dihubungi:
Nama : MUHAMMAD BIN RAHMAT
Jawatan : Eksekutif
No. Telefon : 03-26109600 / 9936
Email : @lpp.gov.my  

 

 

 

 



Dikemaskini pada: 22 Jan, 2018




KONGSI ARTIKEL INI

PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda