LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

LATAR BELAKANG

  • Bahagian Latihan telah ditubuhkan pada 15 Julai 1999 dengan   menggabungkan sebahagian dari fungsi bahagian-bahagian lain dan IPP ke bahagian ini.
  • Fungsi bahagian lain yang terlibat ialah :-
    1. Cawangan Latihan Anggota - Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia.
    2. Unit Kurikulum Latihan - Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia.
    3. Cawangan Latihan Peladang -  Bahagian Pembangunan Usahawan.
    4. Seluruh Operasi Institut Pengurusan Peladang (IPP Kuala Lumpur)
  • Dengan Penubuhan Bahagian Latihan semua urusan berhubung dengan Pembangunan Sumber Manusia yang melibatkan anggota dan peladang dikendalikan sepenuhnya oleh bahagian ini.

 

FUNGSI

  1. Menguruskan latihan untuk menambah tenaga mahir dalam bidang yang ditetapkan mengikut keutamaan.
  2. Menguruskan latihan dalam perkhidmatan dengan matlamat meningkatkan mutu kerja dan kecekapan anggota lpp.
  3. Menguruskan Latihan dan lawatan keluar negara untuk mendapatkan pendedahan minda dalam bidang-bidang tertentu di kalangan anggota dan ahli peladang.
  4. Menguatkuasakan perjanjian cuti belajar bergaji penuh oleh LPP dan JPA dan lain-lain kursus jangka panjang.
  5. Menguruskan latihan peladang dengan matlamat meningkatkan kesedaran, kemahiran dalam aspek pengurusan projek, pemindahan teknologi dan kepimpinan pp.
  6. Mengawal perutukan kewangan bagi latihan anggota, latihan peladang dan projek menaiktaraf IPP
  7. Menyediakan program dan modul latihan dalaman LPP.
  8. Menyelia dan menyelaras operasi IPP dalam konteks latihan.
  9. Mengawal dan menyelia peruntukan kewangan IPP.

 

OBJEKTIF UMUM
Membangunkan sumber manusia ke arah peningkatan pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap dikalangan anggota pengurusan dan ahli-ahli PP

 

OBJEKTIF KHUSUS

  1. Untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kumpulan pengurusan pertubuhan peladang.
  2. Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi pengeluaran makanan dikalangan ahli peladang selaras dengan proses transformasi pertanian sekarang.
  3. Untuk membangunkan kumpulan pengurusan dan pentadbiran yang relevan dengan pembangunan teknologi dan teknik pengurusan moden.

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Memberi latihan kepada anggota LPP sekurang-kurangnya (7) hari setahun.
  2. Menyediakan penceramah / fasilitator yang terlatih dan berpengalaman bagi mengendalikan kursus.
  3. Memastikan surat-surat panggilan peserta, penceramah/ tempahan bagi mengadakan kursus terancang dihantar 7 hari bekerja sebelum tarikh kursus.
  4. Memastikan kemudahan dan alat bantuan mengajar berada dalam keadaan baik, sedia digunakan, mencukupi dan selaras dengan perubahan semasa.
  5. Menyediakan laporan pelaksanaan kursus anggota dan peladang dalam tempoh 7 hari bekerja selepas ia dilaksanakan.
  6. Menyediakan laporan kemajuan pelaksanaan kursus dari segi fizikal dan kewangan 10 haribulan bulan berikutnya.

 

SLOGAN
"MEMBAWA PERUBAHAN MENERUSI LATIHAN"

 

WAWASAN
"Sebagai pusat kecemerlangan pembangunan sumber manusia (anggota dan peladang) LPP"

 

MISI
"Menyediakan program latihan, pendidikan dan pembangunan sumber manusia (anggota dan peladang) dengan berkesan dan berterusan"

 

MATLAMAT
"Untuk memenuhi keperluan pembangunan sumber tenaga manusia LPP dari aspek rohani dan jasmani, Kualiti dan kuantiti sejajar dengan keperluan semasa LPP"

 

CARTA ORGANISASI [muat turun]

Maklumat Pegawai untuk dihubungi:
Nama : ROSMINA BINTI ISHAK
Jawatan : Timbalan Pengarah
No. Telefon : 03-26109600
Email : rosmina@lpp.gov.my 

 

 



Dikemaskini pada: 22 Jan, 2018




KONGSI ARTIKEL INI

PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda