VISI

Peneraju program pengeluaran makanan Pertubuhan Peladang

MISI

Menyokong pengeluaran makanan Pertubuhan Peladang (PP) melalui promosi amalan teknologi dan sistem perladangan sesuai.

MOTO

Produktiviti melalui teknologi

OBJEKTIF

 Meningkatkan kapasiti pengeluaran komoditi makanan PP (padi, sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan dan akuakultur) serta menerapkan penggunaan teknologi dan amalan perladangan baik.

PIAGAM PELANGGAN

Kami beriltizam untuk menjalankan tugas-tugas dengan penuh tanggungjawab seperti berikut:
1) Merancang projek pengeluaran makanan PP selari dengan objektif Pelan Korporat LPP/PP Tahun 2006-2010 dan arahan semasa kerajaan
2) Mengurus bajet pembangunan tahunan projek pengeluaran makanan mengikut siling peruntukan ditetapkan
3) Memastikan pelaksanaan projek pengeluaran makanan PP mematuhi sepenuhnya ‘Standanrd Operating Procedure' (SOP) mengikut komoditi.
4) Memantau pelaksanaan projek pengeluaran makanan PP dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan diperlukan.
5) Meningkatkan kecekapan pengurusan PP dalam projek pengeluaran makanan menerusi program lawatan dan latihan sekurang-kurangnya dua projek bagi semua komoditi makanan setiap bulan.

FUNGSI

Meliputi empat (4) bidang utama iaitu perancangan, pelaksanaan, pemantauan dam pembangunan projek. Huraian adalah seperti berikut:
1) Merancang dan menyediakan rancangan pembangunan lima tahun dan bajet tahunan projek-projek PP.
2) Memperakukan teknologi dan amalan perladangan.
3) Membuat kajian dan menganalisis projek-projek yang dilaksanakan oleh PP untuk mendapatkan pembiayaan LPP dan lain-lain.
4) Memantau pelaksanaan projek pembangunan PP dari semasa ke semasa.
5) Menilai prestasi projek pengeluaran dan impak pada komoditi.
6) Meningkatkan amalan teknologi melalui latihan/kursus.
7) Menyediakan laporan kemajuan projek pembangunan PP kepada ‘stake holder'.

Pegawai untuk dihubungi:

Nama : Mohd Farhan bin Zainul Alam
Jawatan : Penolong Pengarah
No. Telefon : 03-26109600
Email : mohdfarhan@lpp.gov.my

 



Dikemaskini pada: 22 Jan, 2018




KONGSI ARTIKEL INI

PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda