LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

Latar Belakang

Bahagian Pengurusan  Maklumat (BPM) telah diwujudkan pada 1 Julai 2003 berikutan dengan penyusunan semula struktur organisasi Lembaga Pertubuhan Peladang ( LPP ). Sebelum penyusunan tersebut, bahagian ini adalah dikenali sebagai Unit Teknologi Maklumat di Bahagian Perancangan dan Penilaian. Bahagian ini mengandungi tiga cawangan iaitu Cawangan Pembangunan dan Penyelenggaraan Sistem, Cawangan Rangkaian dan Teknikal serta Cawangan Multimedia dan Khidmat Pengguna. Carta Organisasi adalah seperti di lampiran. Pada tahun 2009 berikutan penstrukturan semula LPP, bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Maklumat.

 
Piagam Bahagian [pdf,270KB]
 
Carta Organisasi [pdf,94.7KB]
 
Misi
Pembangunan Sistem Teknologi Maklumat kearah meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian (delivery system), Lembaga Pertubuhan Peladang dan Pertubuhan Peladang.
 
Objektif
  1. Meningkatkan kemudahan dan pengunaan ICT bagi meningkatkan sistem penyampaian di LPP dan PP.
  2. Mewujudkan sistem pengumpulan maklumat bersepadu untuk kemudahan rujukan dalaman dan luaran serta mencepatkan capaian maklumat
  3. Mempertingkatkan kecekapan sistem pengurusan LPP melalui penggunaan ICT
  4. Membudayakan penggunaan ICT di kalangan anggota LPP/PP ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi dan pengurusan LPP.
  5. Meningkatkan keselamatan ICT bagi menentukan kerahsiaan, integriti, kesahihan, tidak disangkal dan ketersediaan data dan maklumat.
 
Fungsi-Fungsi Cawangan di BPM

Cawangan Pembangunan Penyelenggaraan Sistem

  • Memantau pelaksanaan dan peningkatan pengunaan sistem aplikasi berkomputer di LPP/PP
  • Mengkaji dan memantau peningkatan dan penambahbaikan sistem-sistem aplikasi sedia ada
  • Membuat kajian dan analisis ke atas keperluan sistem aplikasi bagi LPP/PP
  • Mengawal dan menyelaras pembangunan sistem-sistem aplikasi.
  • Merancang dan membangunkan sistem-sistem aplikasi yang diperlukan bagi kegunaan LPP dan PP.
  • Memantau dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan tahunan bagi Sistem Primari Pertubuhan Peladang, Sistem Baja Pdi Kerajaan Persekutuan, Sistem Profil Ahli, Sistem Integrasi PPN Jentera dan Sistem Maklumat Perpustakaan.
  • Memberi latihan penggunaan sistem-sistem aplikasi kepada pengguna.
  • Merancang, mengurus dan memantau pembangunan laman web LPP.
  • Merancang, mengurus dan memantau pengemaskinian laman web LPP.
  • Menjadi Urusetia kepada Jawtankuasa Induk Laman Web LPP dan Jawatan kuasa Teknikal Laman Web LPP mengikut Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2006 Pengurusan Laman Web/ Portal Sektor Awam.
  • Membangun, mengemaskini dan menyelenggara laman intranet LPP.
  • Membangun dan menyelenggara Laman Blog Rasmi LPP.
  • Membangun dan menyelenggara Laman Web Institut Pengurusan Peladang (IPP).

Cawangan Rangkaian & Teknikal

  • Mengendalikan kerja-kerja berkaitan sistem pengoperasian dan penyelenggaraan infrastruktur rangkaian.
  • Mengurus, menyelenggara serta memastikan sistem komputer dan rangkaiannya berfungsi dengan baik.
  • Melaksanakan prosedur keselamatan ke atas sistem rangkaian komputer supaya bebas dari sebarang ancaman.
  • Menyediakan spesifikasi tender dan sebutharga bagi pembelian perkakasan dan perisian leT serta sistem aplikasi
  • Menyelaras dan mengawal penggunaan Internet di LPP.
  • Urusetia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu leT LPP .

Cawangan Dasar dan Perancangan ICT

  • Merangka dan menyedia dan mengemaskini manual pengguna, garis panduan dan senarai semak proses-proses projek ICT setrta menguatkuasakan pelaksanaan arahan , peraturan dan polisi di kalangan warga LPP bagi menjamin keselamatan keberkesanan ICT LPP.
  • Membangun dan melaksanakan pelan keselamatan ICT.
  • Membangun dan melaksanakan Pelan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan
  • Merancang dan menyelaras pengemaskinian Pelan Strategik ICT (ISP) agar sejajar dengan fokus Perancangan Strategik LPP supaya dijadikan Bliu Print dan halatuju dalam perancangan dan pembangunan projek-projek ICT LPP dan PP.
  • Membuat kajian dan menyediakan laporan tentang pembangunan dan perancangan inisiatif ICT di LPP.
  • Merancang keperluan-keperluan peruntukan agi aktiviti-aktiviti ICT LPP dan PP.
  • Mengurus dan menyediakan Service Level Agreement (SLA) antara BPM dengan pembekal dan pengguna dalaman serta memantau pematuhannya.
  • Merancang, mengurus dan mengendalikan perkhidmatan emel.
  • Merancang, mengurus dan memantau penggunaan billboard dan digital signage.
  • Merancang, merekabentuk, membangun dan meyelaras pembangunan bahan persembahan multimedia bagi program yang dianjurkan oleh LPP.
  • Bertanggungjawab sepenuhnya dalam mewujudkan persekitaran yang menggalakkan penjanaan dan perkongsian ilmu.
  • Urusetia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT LPP.

 

 

Maklumat Pegawai untuk dihubungi:
Nama : NORHAIZAN BINTI TAIB
Jawatan : Timbalan Pengarah
No. Telefon : 03-26109600
Email : norhaizan@lpp.gov.my 



Dikemaskini pada: 22 Jan, 2018




KONGSI ARTIKEL INI

PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda