WAWASAN

Bahagian Penyeliaan Sebagai Penyelia PP Yang Cemerlang

Carta Organisasi 

MISI
Menyediakan Khidmat Pendaftaran, Penyeliaan Pengurusan Organisasi dan Penyeliaan Pengurusan Kewangan Yang Berwibawa Secara Berterusan Kepada Pertubuhan Peladang (PP)

OBJEKTIF UMUM
Untuk memberi khidmat urusetia dan pengurusan organisasi kepada Pendaftar Pertubuhan Peladang (PP) dan menjalankan tugas-tugas mengikut undang-undang.

OBJEKTIF KHUSUS

  1. Menyediakan khidmat berhubung dengan tugas-tugas statutori yang ditentukan oleh Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109).
  2. Menyediakan khidmat perancangan, pemantauan dan penilaian terhadap pematuhan undang-undang PP.
  3. Menyediakan khidmat pengurusan dana dan kewangan serta memberi keputusan berhubung dengan permohonan PP mengikut peruntukan undang-undang.

STRATEGI

  1. Mengkategorikan PP Berdasarkan Status Angka-Angka Tunjuk Pengurusan Berkenaan Aktiviti Pentadbiran Pejabat, Pengurusan Pekerja, Pengurusan Dana Dan Kewangan PP Serta Mengubahsuainya Dari Masa Ke Semasa.
  2. Mewujudkan Jawatankuasa Kerja Yang Dianggotai Oleh Pihak-Pihak Yang Terlibat Dalam Usaha Untuk Membangunkan Dan Menjaga Kesihatan Organisasi PP.
  3. Menguruskan Khidmat Bimbingan Akauntabiliti Berbentuk Sistematik Proaktif, Pencegahan, Pelengkap, Penyesuaian, Sokongan, Penyeragaman Dan Penyertaan Secara Pilihan Dan Berkala Mengikut Segmentasi PP Bagi Memastikan Undang-Undang Yang Dibuat Diterimapakai Dan Diamalkan Sepenuhnya.
  4. Mengkaji Dan Mencadangkan Pindaan Undang-Undang Yang Diperlukan Oleh PP Mengikut Kategori Dan Keperluan Semasa.
  5. Mewujudkan Kerjasama Yang Erat Dengan Badan Dan Agensi-Agensi Luar Dan Wakil Pendaftar (Mada, Kada Dan Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Sarawak).

PIAGAM PELANGGAN

Kami Berazam Untuk Menyediakan Bimbingan Organisasi Pertubuhan Peladang Yang Berwibawa Dan Berterusan Melalui:-

  1. Menyediakan Khidmat Perancangan, Pemantauan Dan Penilaian Terhadap Pematuhan Undang-Undang, Pengurusan Serta Perakaunan PP Secara Berterusan;
  2. Memberi Keputusan Perundangan Ke Atas Semua Permohonan Oleh PP Berkaitan Dengan Kuasa Pendaftar Tidak Melebihi Tempoh Dua (2) Minggu;
  3. Mengurus Dan Menyediakan Undang-Undang, Peraturan-Peraturan Dan Kaedah-Kaedah Yang Berkaitan Secara Berterusan Mengikut Keperluan Semasa; Dan
  4. Memberi Pandangan/Keputusan Ke Atas Isu-Isu Yang Dikemukakan Oleh Pendaftar/Wakil Pendaftar Dalam Tempoh Dua (2) Minggu

FUNGSI BAHAGIAN PENYELIAAN & PENGUATKUASAAN

  1. Memberi khidmat nasihat dan pemantauan dalam aspek pentadbiran pengurusan PP terhadap pematuhan undang-undang, Akta, Peraturan, Perlembagaan dan Arahan/Pekeliling Pendaftar.
  2. Menyediakan khidmat pendaftaran dan pembubaran PP.
  3. Menyediakan khidmat keputusan Pendaftar bagi PP dalam aspek Pelaburan, Pembahagian Keuntungan, Pembelian dan Penjualan Harta, Pinjaman Luar, Lawatan Luar Negara dan Syer Bonus PP serta memantau keputusan Wakil Pendaftar.
  4. Memberi khidmat nasihat pengurusan kewangan serta penyeliaan perakaunan PP.
  5. Urusetia Induk kepada Program Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP).
  6. Memberi khidmat nasihat dan pemantauan proses Timbangtara PP.
  7. Mengkaji keperluan penambahbaikan undang-undang, Akta, Peraturan, Perlembagaan dan Arahan/Pekeliling Pendaftar PP.
  8. Mengkaji dan cadangan meningkatkan sistem penyampaian melalui Pembangunan Aplikasi keperluan Pendaftar dan kawal selia PP.
  9. Menyediakan perkhidmatan carian dan pengesahan dokumentsai dan maklumat / data PP.
  10. Menguruskan caj-caj dan kompaun yang dikenakan kepada pelanggan dan PP.

• Fungsi Cawangan Penyeliaan Organisasi

  1. Menyelia, memantau dan mengemaskini profil/maklumat keahlian PP (saham, jantina, bangsa, umur dan lain-lain).
  2. Pemantauan Pelan Belanjawan & Perkhidmatan PP.
  3. Pemantauan pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PPK/ PPN.
  4. Menyelia dan memantau pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) NAFAS.
  5. Merancang Dan Mengeluarkan Arahan / Pekeliling Pendaftar Atau Panduan-Panduan Berkaitan PP
  6. Pemantauan pelaksanaan Mesyuarat Pengurusan PP.
  7. Pemantauan pelaksanaan Mesyuarat AJP PP.
  8. Mengurus dan memantau maklumbalas keatas usul-usul MAT PP.
  9. Urusetia Mesyuarat Pendaftar Dengan Wakil-Wakil Pendaftar PP.
  10. Urusetia Mesyuarat Ketua-Ketua Cawangan UrusanPendaftar.
  11. Memantau pelaksanaan Program Mengaktifkan Unit Peladang.
  12. Penyeliaan dan pemantauan pelaksanaan E-Undi.
  13. Menyemak notis-notis mesyuarat.
  14. Menyemak/meneliti minit-minit Mesyuarat AJP dan Mesyuarat Agung PP.
  15. Menyelia dan mengemaskini data profil AJP.
  16. Mengemaskini data rekod dan pemantauan Kursus Mandatori AJP.
  17. Mengemaskini data rekod dan pemantauan Kursus Mandatori Pengurus Besar.
  18. Menyedia dan mengeluarkan Direktori PP.
  19. Menyelia dan memantau sistem Touch Point PP.
  20. Menguruskan aduan-aduan berkaitan dengan keahlian dan Mesyuarat Agung PP.

• Fungsi Cawangan Penyeliaan Daftar & Rekod

  1. Penubuhan PP baru.
  2. Menyemak, menguruskan serta mengeluarkan Arahan Pendaftar, Pekeliling Pendaftar dan Kaedah- Kaedah PP.
  3. Menyemak dan menguruskan proses pendaftaran (Pindaan Perlembagaan dan Kaedah-Kaedah PP).
  4. Menyelaras Pangkalan Data (Database) Bahagian Penyeliaan dan Penguatkuasaan.
  5. Menguruskan dan melaksanakan proses "Mining" dan Data "Cleaning" PP.
  6. Menyedia dan mengeluarkan Laporan Penggal PP.
  7. Penyediaan dan pemantauan KPI KP.
  8. Menyedia dan mengeluarkan Buletin Pendaftar.
  9. Pemantauan pelaksanaan dan pengurusan mesyuarat Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP).
  10. Menyemak minit-minit dan penyediaan laporan pelaksanaan mesyuarat MPPP.
  11. Mengurus perlantikan Setiausaha, Pembantu Setiausaha dan Pembantu Akaun bagi 147 MPPP.
  12. Mengemaskini maklumat asas MPPP.
  13. Menyemak dan menguruskan proses khidmat carian.
  14. Menyediakan laporan fizikal dan kewangan prestasi khidmat carian.
  15. Urusetia Mesyuarat J/Kuasa Penyeliaan Sistem Aplikasi PP
  16. Memberi khidmat nasihat.
  17. Membuat lawatan naziran statutori peringkat PP.
  • Fungsi Cawangan Penyeliaan Dana
    1. Memproses permohonan Pertubuhan Peladang (PP) bagi mendapatkan kelulusan Pendaftar (Pembahagian keuntungan, pelaburan, pinjaman luar, penjualan dan pembelian harta tetap, mengadakan usahasama, penubuhan anak syarikat, menerbitkan syer bonus dan lawatan ke luar Negara).
    2. Memantau permohonan dan kelulusan melalui Registrar Online System (ROS).
    3. Urusetia Mesyuarat J/Kuasa Perancangan Dasar Pelaburan Serta Anak Syarikat PP.
    4. Merancang Dan Mengeluarkan Arahan / Pekeliling Pendaftar Atau Panduan-Panduan Berkaitan PP
    5. Menyediakan laporan kelulusan Pendaftar secara berkala.
    6. Mengurus dokumentasi pelaksanaan MS ISO 9001: 2008.
    7. Memberi khidmat nasihat.
    8. Membuat lawatan naziran dan penilaian permohonan kelulusan Pendaftar.
  • Fungsi Cawangan Penyeliaan Akaun
    1. Penyeliaan dan pemantauan sistem primari PP (SPPP).
    2. Menyediakan maklumat asas akaun akan bayar (AAB) PP.
    3. Menyediakan maklumat asas akaun akan terima (AAT) PP.
    4. Memantau laporan audit bersyarat dan audit sifar PP.
    5. Memantau laporan audit interim PP.
    6. Menyediakan laporan kategori PP (kategori A, B atau C).
    7. Menyediakan data maklumat asas kewangan PP.
    8. Merancang Dan Mengeluarkan Arahan / Pekeliling Pendaftar Atau Panduan-Panduan Berkaitan PP.
    9. Mesyuarat jawatankuasa penyeliaan PP.
    10. Mesyuarat eksekutif penyelia akaun (MEPA).
    11. Pemantauan laporan audit dalam PP.
    12. Menganalisis, menyedia dan mengeluarkan maklumat kewangan PP.
    13. Memajukan kaedah dan sistem pengurusan kewangan dan perakaunan PP.
    14. Membuat lawatan naziran dan penilaian sistem pengurusan kewangan dan perakaunan PP.
  • Fungsi Cawangan Penyeliaan Pengurusan
    1. Pemantauan Skim Personel PP.
    2. Pemantauan maklumat pengambilan kakitangan PP.
    3. Memantau penggunaan Kumpulanwang-Kumpulanwang PP.
    4. Penyediakan Laporan Penggal Empat (4) Kumpulanwang PP (Pemajuan, Kebajikan Ahli, Kebajikan Am dan Pendidikan).
    5. Memantau penggunaan dan pematuhan kepada Manual Prosedur Kualiti (MPQ).
    6. Pemantauan prestasi anak-anak Syarikat PP dan pematuhan kepada AP Bil. 6/2015.
    7. Pemantauan penubuhan dan pelaksanaan Biro-Biro dan Jawatankuasa Kecil PP.
    8. Mengurus kompaun salah tadbir pengurusan PP
    9. Pemantauan kepatuhan peraturan-peraturan tabdir urus pengurusan PP.
    10. Urusetia Mesyuarat Pematuhan MPQ PP
    11. Urusetia Penyeliaan Anak Syarikat PP
    12. Memberi khidmat nasihat.
    13. Melakukan lawatan naziran tabdir urus pengurusan PP.
  • Fungsi Cawangan Penyeliaan Pengesanan Dan Penguatkuasaan
    1. Mengesan dan menganalisa kes-kes penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan PP (kes berkaitan PP/AJP/Ahli).
    2. Pemantauan pematuhan Undang-Undang PP (Akta 109, Peraturan PP 1983, Arahan-Arahan Pendaftar, Pekeliling-Pekelilling Pendaftar dan Pendaftaran Kaedah-Kaedah.
    3. Menguruskan dan menyediakan surat perwakilan kuasa dan perlantikan Panel Penyiasat.
    4. Menerima dan menguruskan aduan Ahli / AJP / PP.
    5. Mengurus aduan-aduan berkaitan keahlian PP dan perjalanan Mesyuarat Agung PP.
    6. Menganalisis laporan siasatan dan persediaan pembentangan oleh penyiasat.
    7. Membantu pengurusan Lembaga Displin Ahli / AJP / PP.
    8. Urusetia Mesyuarat JK Penguatkuasaan (MAIN) LPP (kes berkaitan anggota lantikan PP/AJP/Ahli).
    9. Menyelia dan memantau pelaksanaan Timbangtara/Perantaraan PP:
      • Pelaksanaan.
      • Award.
      • Kutipan.
      • Penguatkuasaan.
    1. Menganalisis dan penyediaan Laporan Timbangtara.
    2. Pemantau pelaksanaan keputusan Award.
    3. Menentukan urusetia Timbangtara
    4. Menyediakan, kemaskini dan kawal peruntukan Timbangtara Pendaftar.
    5. Urusetia Mesyuarat Penyeliaan Pelaksanaan Timbang Tara PP
    6. Pengurusan Kompaun PP
    7. Memberi khidmat nasihat.
    8. Melakukan lawatan naziran PP.
    9. Menyediakan / arahan Pendaftar dan Pentadbiran untuk mengeluarkan ahli / kakitangan PP dan Ahli Jemaah pengarah (AJP)
    10. Aktiviti penggantungan NAFAS.
  • Fungsi Cawangan Pentadbiran
    1. Penyeliaan ke atas hal ehwal pentadbiran anggota Bahagian (cuti, SKT, LNPT, TNT, Perubatan dan lain-lain).
    2. Menyelia dan memantau sistem HRMIS anggota Bahagian.
    3. Menyedia dan mengemaskini Vot 98131 (AP3) Tabung Pendaftar.
    4. Mengurus dan menyelia urusan surat-menyurat dan sistem fail Bahagian.
    5. Penyeliaan ke atas keselamatan pejabat.
    6. Mengurus permohonan tempahan kenderaan dan tiket kapal terbang anggota yang bertugas ke luar pejabat.
    7. Pengawasan kebersihan Bahagian.
    8. Menyedia dan menyelia Laporan Kehadiran Bulanan Anggota Bahagian.
    9. Urusetia Mesyuarat Bahagian.
    10. Mengurus hal ehwal pentadbiran, kewangan, aset dan peralatan Bahagian.
    11. Mengurus/menyelaras pelaksanaan EKSA, KIK, Inovasi dan lain-lain program/aktiviti Bahagian.

     

     

     

    Nama : Encik Salleh Bin Hj. Kabul
    Jawatan : Pengarah 
    No. Telefon : 03-2610 9600(1672)
    Email : salleh@lpp.gov.my

    Nama : Tuan Hj.Kamsani Bin Adam
    Jawatan : Timbalan Pengarah 
    No. Telefon : 03-2610 9600 (9796) 
    Email : kamsani@lpp.gov.my

    Nama : Puan Saliza binti Mohd. Salleh
    Jawatan : Eksekutif Kanan Tertinggi
    No. Telefon : 03-2610 9600(9809)
    Email : saliza@lpp.gov.my



    Dikemaskini pada: 26 May, 2019




    PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

    Suarakan Pendapat Anda