LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

 

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan Bahagian Perancangan Dan Penilaian
Kami Berazam Akan Memberi Perkhidmatan Yang Cekap Untuk Mencapai Wawasan Lembaga Pertubuhan Peladang Berlandaskan Piagam Berikut:

  • Menyediakan Buku Anggaran Belanjawan Tahunan Pembangunan Dengan Sempurna Sebelum 31 Mac Setiap Tahun.
  • Memberi Kelulusan Peruntukan Pembangunan Kepada LPP Negeri Sebelum Akhir Bulan Mac
  • Mengemukakan Kepada Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Laporan Tahunan Untuk Pembentangan Di Mesyuarat Jemaah Menteri Sebelum 31 September Setiap Tahun
  • Menyediakan Khidmat Pengesanan Dan Penilaian Tahunan Pelaksanaan Program Dan Projek LPP/PP Mengikut Keputusan Pihak Pengurusan
  • Menyediakan Laporan Prestasi(Penggal)Pertubuhan Peladang Untuk Tujuan Pemantauan Dan Penilaian Oleh Pihak Pengurusan LPP Tidak Lewat Dari Tarikh 10 Mac, 10 Julai, Dan 10 November Setiap Tahun.
  • Menyediakan Pusat Sumber Yang Efisyen, Sistematik Dan Memenuhi Keperluan Anggota LPP
 
Wawasan
Bahagian Perancangan Dan Penilaian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Menjadi Peneraju Perancangan Strategik Yang Berkesan Selaras Dengan Matlamat Pelan Korporat LPP Tahun 2016 - 2020
 
Misi
Sebagai Peneraju Perancangan Strategik Organisasi Bagi Menyokong LPP Membangunkan Pertubuhan Peladang
 
Slogan Kualiti
"PEMIKIRAN BERNAS MENJANA PERKHIDMATAN BERKUALITI"
 

Objektif

  1. Menyediakan khidmat perancangan strategik LPP/PP dan menyelaras Belanjawan Pembangunan;
  2. Menyediakan maklumat LPP dan PP yang tepat dan cekap untuk membantu pihak pengurusan LPP membuat perancangan keputusan;
  3. Menyediakan output berkualiti melalui pengesanan dan penilaian bagi menggambarkan prestasi keseluruhan LPP/PP dari segi kecekapan dan keberkesanan projek pembangunan;
  4. Menyediakan maklumat dan memantau program-program antarabangsa dalam bidang koperasi atau teknikal dalam bidang pertanian; dan
  5. Menyediakan maklumat penting bagi membolehkan pihak pengurusan LPP/PP membuat keputusan yang tepat dan segera.
 
Tugas Bahagian

Bahagian Perancangan dan Penilaian akan memberi perkhidmatan yang seperti berikut:

  1. Menyediakan Buku Anggaran Belanjawan Tahunan Pembangunan dengan sempurna sebelum 31 Mac setiap tahun.
  2. Memberikan kelulusan Peruntukan Pembangunan kepada LPP Negeri sebelum akhir bulan Mac.
  3. Mengemukakan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Laporan Tahunan untuk pembentangan di Mesyuarat Jemaah Menteri sebelum 30 September setiap tahun.
  4. Menyediakan khidmat pengesanan dan penilaian tahunan pelaksanaan program dan projek LPP/PP mengikut keputusan pihak pengurusan.
  5. Menyediakan pusat sumber yang efisyen, sistematik dan memenuhi keperluan anggota LPP.
 
Fungsi Cawangan
Cawangan Perancangan dan Belanjawan
  • Cawangan Perancangan dan Belanjawan

    • Menyelaras keperluan peruntukan setiap projek bersama pemegang vot dan 13 buah LPP Negeri berasaskan kepada strategi dan perancangan program/projek melalui budget review projek setiap pertengahan tahun.
    • Menyediakan dokumen anggaran peruntukan pembangunan dan mengedarkan Buku Belanjawan Pembangunan Rancangan Malaysia bagi LPP, Kajian Separuh Penggal dan butiran permohonan dan kelulusan project virement yang berkaitan.
    • Menyelaras keperluan dan memohon kelulusan peruntukan pembangunan dari Agensi Pusat (EPU, Kementerian Kewangan dan MOA).
    • Menyelaras dan melapor akan status perbelanjaan tahunan peruntukan pembangunan mengikut format Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian setiap 2 minggu.
    • Menguruskan keperluan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Projek LPP secara berjadual setiap bulan.
    • Menyediakan laporan-laporan berkaitan peruntukan belanjawan pembangunan secara ad-hoc mengikut kehendak Agensi Pusat dan pengurusan LPP (seperti Dana Khas Terengganu)
    • Merancang dan memantau pelaksanaan ‘Key Performance Indicators' di peringkat LPP dan PP.
Cawangan Maklumat Pengurusan Data dan Statistik
  • Mengemaskini pengkalan data maklumat projek berdasarkan laporan projek dan mesyuarat pemantauan projek secara berkala.
  • Menyediakan maklumat Profil Pertubuhan Peladang sebelum Mac setiap tahun
  • Menyokong program komputerisasi Bahagian Pengurusan Maklumat bagi membangunkan sistem pelaporan projek berasaskan web.
  • Menyemak dan mengkaji Laporan Prestasi PP dan menganalisa maklumat perangkaan mengikut  tahunan..
  • Merancang dan meneliti penyediaan Ringkasan laporan Tahunan LPP dan Buku Laporan Tahunan LPP (Telah Diaudit).
  • Mengendalikan hal ehwal perpustakaan.

Cawangan Dasar dan Strategik

  • Merancang dan memantau pelaksanaan Pelan Korporat LPP.
  • Menyelaras dan mengurus urusan mesyuarat Majlis Penasihat Peladang sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
  • Menyelaras kerjasama badan koperasi /pertubuhan peladang negara asing dalam bidang-bidang yang telah membantu kepada pembangunan PP di Malaysia.
  • Merancang dan mengurus aktiviti-aktiviti Badan Antarabangsa (ACEDAC : Asean Center for the Development of Agricultural Cooperative).
  • Menyelaras urusan perniagaan antara LPP/PP dengan ASEAN, kertas-kertas bengkel dan seminar antarabangsa dan dalam aspek perancangan, pelaksanaan projek dan penyelidikan.
  • Menyelaras forum, seminar serta lawatan antarabangsa untuk peserta dari LPP atau dari luar.
  • Memastikan pelaksanaan aktiviti/projek yang dipersetujui oleh LPP dan badan antarabangsa.
  • Menyelaras pencalonan pegawai ke persidangan/kursus teknikal bertaraf antarabangsa dengan lain-lain bahagian dan bahagian latihan.

Cawangan Pemantauan dan Penilaian

  • Mewakili LPP dalam pasukan petugas pemantauan projek peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam lawatan-lawatan pemantauan ke projek seperti tersenarai dalam database SPPPP.
  • Menjalankan kerja pemantauan projek secara terpilih dan mengikut keperluan pihak atasan LPP.
  • Menyelaras urusan Mesyuarat Jawatankuasa Penyerahan Pengurusan, Penamatan dan Pelupusan Aset Projek LPP.
  • Menyediakan laporan-laporan penilaian mengikut skop program dan projek serta membentangkan kepada pihak pengurusan LPP, Agensi Pusat (EPU, ICU dan Kementerian Kewangan) dan MOA.
  • Mengesan dan menyelaras pelaporan bagi projek-projek PP bagi capaian dalam Sistem SPPII dan S4P untuk dibentangkan di mesyuarat peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

 

Maklumat Pegawai untuk dihubungi:
Nama : AHMAD MUZANI BIN MAT
Jawatan : Penolong Pengarah
No. Telefon : 03-26109600
Email : muzani@lpp.gov.my  



Dikemaskini pada: 27 May, 2018




PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda