Aktiviti perkhidmatan bekalan ladang dilaksanakan oleh semua Pertubuhan Peladang (PP) dan lebih bersifat memberi kemudahan kepada peladang daripada mencari keuntungan

Tujuan Dijalankan 
Perkhidmatan bekalan ladang ini dijalankan oleh PP adalah untuk:

  • Memudahkan para peladang di dalam kawasan pengendalian PP mendapatkan keperluan bekalan ladang lain-lain keperluan pertanian dengan mutu yang terjamin.
  • Menawar harga yang berpatutan bagi bahan-bahan bekalan ladang dalam usaha mengawal harga penawaran di pasaran, mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan produktiviti peladang.
  • Menjadi pusat peladang-peladang mendapat khidmat nasihat mengenai penggunaan input pertanian dari segi aspek-aspek ekonomi, aplikasi, keselamatan dan kesihatan.
  • Menyediakan perkhidmatan kredit bekalan ladang untuk projek-projek ladang terselia, ladang kelompok dan mini-estet ahli-ahli PP.

Skop dan Cara Pelaksanaan 
Skop perkhidmatan bagi infrastruktur ladang ini ialah:

  • Pengairan
  • Perparitan
  • Jalan Ladang
  • Merata tanah
  • Struktur ladang – reban, sangkar, rumah grading, stor, pagar
  • Peralatan ladang.

Pengedaran Bekalan Ladang
Para peladang boleh mendapatkan bekalan ladang menerusi mana-mana cara berikut :

  • Menghubungi terus pusat perkhidmatan bekalan PP.
  • Membuat perancangan penggunaan menerusi Unit Peladang (UP).
  • Membuat perancangan penggunaan melalui kumpulan pengeluar dengan tiap-tiap kumpulan akan mengemukakan keperluan masing-masing

Perkhidmatan Yang disediakan
>Antara perkhidmatan bekalan ladang yang disediakan ialah:

  • Baja
    • Baja Terus / Straight
    • Campuran / Mixture
    • Butiran / Compound .
    • Organik
  • Kimia Pertanian
    • Racun rumpai
    • Racun serangga
    • Racun kulat
  • Makanan Ternakan/Ternakair
    • Makanan ayam, itik dan puyuh
    • Makanan udang dan ikan
  • Peralatan Ladang
    • Pam racun
    • Peralatan pengairan
    • Peralatan kecil-kecilan seperti mesin pemotong rumput dan mesin penabur
  • Benih
    • Benih sayur-sayuran
    • Benih buah-buahan
    • Benih bunga-bungaan
    • Benih kelapa sawit
    • Benih padi
    • Benih ternakan
    • Benih ternakair

Faedah Yang Diperolehi 
Antara faedah dan kesan perkhidmatan ini ialah:

  • Penjimatan Kos
    • Peladang-peladang boleh mendapatkan keperluan bekalan ladangnya dengan mudah dengan harga yang berpatutan, ini akan menjimatk kos pengeluaran dan seterusnya dapat meningkatkan hasil untuk bersaing di pasaran.
  • Pemindahan Teknologi
    • Peningkatan di dalam teknologi bidang pertanian terutamanya input pertanian terutama penemuan input pertanian yang baru dan perkembangan di dalam pengurusan ladang yang boleh meningkatkan hasil pengeluaran dapat dipindahkan dengan cepat kepada peladang.
  • Pemberian Kredit
    • Pemberian kredit kepada peladang yang menyertai projek di bawah penyeliaan PP dapat membantu mereka meningkatkan pendapatan melelui bekalan ladang yang mencukupi dan berkesan.
  • PP Sebagai Pusat Sumber
    • Para peladang boleh mendapatkan maklumat-maklumat mengenai bekalan ladang yang diperlukan, teknik baru penggunaan input pertanian dan teknologi baru di dalam bidang pertanian di PP.

Kesan Perlaksanaan
Antara kesan daripada perlaksanaan perkhidmatan ini ialah :

  • Dapat mewujudkan/memperbanyak ladang terselia, estet dan projek kelompok.
  • Pembekalan bahan-bahan bekalan ladang dapat dilaksana secara bersepadu.
  • Dapat meningkatkan kepakaran dan kemahiran anggota PP.
  • Dapat meningkatkan penawaran peralatan dan bahan-bahan berteknologi tinggi.
  • Dapat memperkemaskan modal yang sedia ada di PP tiga peringkat termasuk sistem kutipan balik hutang.
  • Dapat memperkemaskan sistem pemberian upah dan komisyen untuk kakitangan dan operator.
  • Dapat meningkatkan perkhidmatan khidmat nasihat dan bimbingan dalam usaha-usaha pertanian.

Penutup
Khidmat Bekalan Ladang ini bukan sahaja dapat memastikan hasil keluaran peladang terjamin tetapi dapat juga memastikan peladang mendapat pulangan yang maksimum daripada usaha pertanian yang dijalankan.

Disamping itu, perkhidmatan ini juga akan menjadi pemangkin bagi menggalak dan mendorong para peladang untuk menceburi bidang pertanian berskala besar dengan menggunakan teknologi terkini.



Dikemaskini pada: 18 Nov, 2017




KONGSI ARTIKEL INI

PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda