LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

Pengenalan

Cawangan Audit Dalam Urusetia Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang diwujudkan selaras dengan Surat Pekeliling Am Jabatan Perdana Menteri Bil. 2 Tahun 1998: Garis Panduan Mengenai Peranan Dan Tanggungjawab Kementerian, Lembaga Pengarah Dan Ketua Eksekutif Dalam Pengurusan Badan-Badan Berkanun.

Cawangan ini yang beroperasi di bawah Urusetia Ketua Pengarah adalah merupakan sebahagian daripada komponen kawalan dalaman Lembaga Pertubuhan Peladang dan secara pentadbirannya adalah bertanggungjawab terus kepada Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang.

 
Peranan Dan Objektif Utama

 

Peranan cawangan ini adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Audit Lembaga Pertubuhan Peladang berdasarkan objektif berikut :-

  • Membantu pihak pengurusan atasan mempertingkatkan tahap pengurusan kewangan serta pematuhan kepada undang-undang, peraturan dan prosedur yang berkuatkuasa.
  • Membantu pihak pengurusan atasan menentukan program-program dan aktiviti-aktiviti dapat diurus dengan berekonomi, cekap, berkesan dan sesuai.
 

Visi

Menjadikan Cawangan Audit Dalam sebagai sebuah unit yang unggul dalam mengetuai sistem kawalan dalam organisasi.

 

Misi

Meningkatkan tahap profesionalisme bagi menjamin laporan audit yang berkualiti, tepat, bebas dan konstruktif.

 

Piagam Pelanggan

Kami berazam untuk :

  • Melaksanakan tanggungjawab audit dengan adil dan saksama
  • Mengeluarkan laporan audit yang dapat membantu auditee meningkatkan sistem kawalan dalaman
  • Membantu ke arah penambahbaikan di dalam organisasi
  • Melapor secukupnya kepada pihak atasan dalam membantu mereka membuat keputusan
 
Aktiviti Dan Operasi Utama
  • Mengkaji semula sistem-sistem di organisasi dalam tempoh tertentu untuk mengetahui sama ada fungsi perancangan, penyeliaan, arahan dan pengawalan dasar dan peraturan pengurusan telah dilaksanakan dengan berkesan sejajar dengan objektif dan amalan pengurusan yang baik.
  • Menentukan kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman dan pengawalan operasi.
  • Mengkaji ketepatan dan kesahihan maklumat kewangan dan mengenalpasti cara untuk mengukur, mengklasifikasi dan melaporkan maklumat tersebut.
  • Mengkaji sistem sedia ada untuk memastikan ianya selaras dengan dasar dan peraturan terutamanya bidang yang mempunyai kesan terhadap operasi serta menentukan sama ada organisasi telah mematuhinya. Jika perlu, mencadangkan dasar yang sesuai.
  • Mengkaji cara yang sesuai untuk melindungi aset dan mengesahkan kewujudan aset tersebut.
  • Menilai faedah dan keberkesanan penggunaan sumber yang ada, mengenalpasti peluang untuk meningkatkan penggunaan sumber serta mencadangkan cara untuk mengatasi masalah yang berkaitan.
  • Mengkaji perjalanan organisasi dan perlaksanaan program untuk memastikan sama ada hasilnya selaras dengan objektif yang telah ditentukan dan sama ada ianya telah dilaksanakan seperti mana yang dirancangkan.
  • Memastikan setiap perancangan dan tindakan yang dibuat oleh organisasi berkenaan telah diselaras dengan pandangan audit sebelumnya.
 
Struktur Organisasi [pdf,160KB]

 

Pegawai untuk dihubungi:
Nama : En. Mohd Rozalhasle Bin Mat
Jawatan : Ketua Cawangan Audit Dalam
No. Telefon : 03-26109600
Email : rozalhasle@lpp.gov.my 



Dikemaskini pada: 22 Jan, 2018




KONGSI ARTIKEL INI

PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda