LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

Latar Belakang

Cawangan Undang-Undang LPP ditubuhkkan    pada 04 Februari 2004 dengan tujuan untuk mewujudkan sebuah cawangan yang dapat memberikan khidmat nasihat perundangan secara professional, cekap dan efektif kepada Lembaga Pertubuhan Peladang dalam menjalankan fungsinya sebagai sebuah agensi kerajaan dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga sebagai Pendaftar Pertubuhan Peladang dan juga kepada Pertubuhan Peladang.

Cawangan ini terdiri daripada empat (04) unit seperti berikut:-

 

 

  1.  Unit Khidmat Nasihat Perundangan;
  2.  Unit Pemeriksaan Tatakelakuan (PT);
  3.  Unit Mesyuarat Ahli Lembaga (BOD); dan
  4.  Unit Pentadbiran.
 
WAWASAN
Mewujudkan cawangan yang dapat memberi khidmat nasihat perundangan secara professional cekap dan berkesan kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Pertubuhan Peladang (PP), dan Koperasi berasaskan Pertanian.
 
MISI                            
Memberi khidmat pengurusan professional kepada Pertubuhan Peladang dan ahli Peladang
 
MATLAMAT
  1. Untuk menjadikan Pertubuhan Peladang sebagai Badan Perniagaan Peladang berasaskan pertanian yang berdaya maju dan berdaya saing serta pembangunan sosial peladang.
  2. Untuk mewujudkan peladang komersial yang menyumbang kepada industri pertanian melalui pergerakan Pertubuhan Peladang.
 

Objektif Umum Cawangan Undang-Undang, LPP

  • Memberikan khidmat nasihat perundangan yang profesional dan berkualiti tinggi kepada LPP dan PP selaras dengan Undang-undang LPP dan PP.

Objektif Khusus Cawangan Undang-Undang, LPP

  • Memberi khidmat nasihat dan bimbingan perundangan yang dirujuk kepadanya termasuk kes-kes di Mahkamah dan kes-kes Jenayah;
  • Membantu LPP dan PP dalam membuat keputusan yang betul, tepat, dan tidak melanggar mana-mana undang-undang melalui tadbir urus korporat yang baik;
  • Menerima Arahan dan mengendalikan kes-kes Pemeriksaan Tatakelakuan (PT) bagi pihak Pendaftar dalam tempoh yang ditetapkan; dan
  • Mengurus dan menyelaras Mesyuarat Ahli Lembaga, Lembaga Pertubuhan Peladang yang diadakan 2 bulan sekali mengikut Akta Lembaga Pertubuhan Peladang [Akta 110].

Piagam Pelanggan

Kami beriltizam memberikan perkhidmatan yang profesional dan efisen untuk menguruskan Pertubuhan Peladang (PP) berkualiti dan membangunkan peladang komersial yang menjadi pengeluar utama makanan negara melalui:

  1. Menyediakan Pertuduhan dan memulakan Pendakwaan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh Mesyuarat yang memutuskan untuk pendakwaan.
  2. Memproses dan menyediakan lantikan Pendakwa dan Hakim dalam tempoh 2 minggu.
  3. Memberi khidmat nasihat perundangan secara bertulis dalam tempoh 3 hari.
  4. Mencadangkan pindaan kepada Akta dan Peraturan PP pada setiap tahun sekiranya ada.
  5. Memantau dan melaporkan kes-kes mahkamah LPP/PP/KAT dalam tempoh 1 minggu dari tarikh sebutan kes.
  6. Menyemak dan memberi ulasan yang efeftik kepada perjanjian-perjanjian yang dirujukkan dalam tempoh 3 hari dari tarikh terima permohonan.
  7. Mengurus dan menyelaras Mesyuarat Ahli Lembaga, Lembaga Pertubuhan Peladang
 
SLOGAN
"CEKAP, PROFESIONAL DAN BERWIBAWA"
 
 

Rujukan dan Panduan

  • Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973 [Akta 110]
  • Akta Pertubuhan Peladang 1973 [Akta 109]
  • Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang 1983
  • Perlembagaan Pertubuhan Peladang
  • Kaedah-Kaedah Pertubuhan Peladang
  • Arahan Pendaftar Pertubuhan Peladang
  • Pekeliling Pendaftar Pertubuhan Peladang.
  • Lain-lain Akta yang berkaitan
 

Maklumat Pegawai untuk dihubungi:
Nama : NUR DALILA @ IBTISAM BINTI AHMAD
Jawatan : Penolong Pegawai Undang-undang
No. Telefon : 03-26109600
Email : dalila@lpp.gov.my

 



Dikemaskini pada: 27 May, 2018




PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda