Latarbelakang
Pusat Latihan Peladang Johor Bahru, (PLPJB) Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor mula beroperasi pada tahun 1988 di Kompleks LPP Negeri Johor, Km 11.6, Jalan Pandan, Johor Bahru (PIJB). Pada tahun 2002 sekali lagi namanya ditukar dan kini dikenali sebagai Institut Pengurusan Peladang Johor Bahru (IPPJB).
 
Peranan IPPJB
  1. Peranan utama Institut Pengurusan Peladang Johor Bahru ialah menyediakan kemudahan kursus / seminar / konvensyen dan mesyuarat ( penginapan, makan minum, dewan kuliah / mesyuarat, peralatan kursus dan lain-lain kemudahan yang diperlukan ) yang dianjurkan oleh Institut Pengurusan Peladang Johor Bahru ( IPPJB ), Lembaga Pertubuhan Peladang ( LPP ) dan Pertubuhan Peladang Kawasan ( PPK ).
  2. Kemudahan – kemudahan yang disediakan oleh Institut Pengurusan Peladang Johor Bahru ini boleh digunakan oleh lain-lain jabatan dan agensi kerajaan, sector swasta dan lain-lain badan / Pertubuhan / organisasi bagi tujuan berikut :
    • Kursus dan latihan
    • Mesyuarat
    • Seminar / konvensyen
    • Hari keluarga / perjumpaan
    • Reunion
    • Penginapan
    • Jamuan
    • Riadah / sukan
    • Pameran / jualan
    • Lain-lain
 
Kemudahan Yang Disediakan
Penginapan
  1. Asrama berhawa dingin untuk 100 orang maksimum.
           
  2. Chalet / rumah rehat penceramah / urusetia kursus untuk 6 orang.

Asrama

  
 

Rumah VIP

 
Bilik / dewan kuliah
  1. Satu (1) bilik kuliah untuk 100 orang peserta kursus dan boleh diubahsuai menjadi dewan untuk seminar / konvensyen / perjumpaan dan mesyuarat untuk seramai 200 orang.
  2. Satu (1) bilik mesyuarat untuk 60 orang dan boleh diubahsuai menjadi bilik kursus memuatkan seramai 40 orang peserta.
  3. Satu (1) bilik rehat yang berkeupayaan dijadikan sebuah bilik kursus dan mesyuarat untuk seramai 30 orang peserta.
  

Dewan Kuliah

  
 
Surau

Sebuah surau yang disediakan juga boleh memuatkan 50 orang jemaah lelaki dan 20 orang jemaah perempuan.

Surau

 
Kemudahan Sukan dan Riadah
Institut Pengurusan Peladang Johor Bahru menyediakan kemudahan bersukan dan beriadah seperti dataran aerobik, gelanggang sepaktakraw, gelanggang bola tampar, gelanggang bola jarring, set ping pong dan permainan dalaman seperti dart, karom dan catur.

Gelanggang Sukan

 
Penyediaan Jamuan (Menu berlainan setiap hari)
Sarapan pagi / minum pagi / makan tengahari / minum petang / makan malam / minum malam.

Dewan Kafeteria
Dewan kafeteria berhawa dingin ini berkeupayaan menampung seramai 80 orang secara berhidang dimeja jamuan dan seramai 150-200 orang secara buffet.
 
Institut Pengurusan Peladang Johor Bahru juga menyediakan peralatan khemah dan kerusi meja serta pentas bersama alat siarnya untuk jamuan atau perjumpaan melebihi 200 orang.
 

Dewan Makan

 

Kedudukan IPPJB

peta

INSTITUT PENGURUSAN PELADANG
JOHOR BAHRU (IPPJB)

Kedudukan IPPJB/LPP adalah berhampiran dengan
Pasaraya S'MART dan CARREFOUR Johor Bahru
di Bt. 7, Jalan Kota Tinggi / Panddan, Johor Bahru.

 
KEMUDAHAN KADAR BAYARAN
JABATAN
Asrama (Domitri) RM30.00 / orang/ hari
Rumah 3 bilik RM 250.00 / hari
Rumah 2 bilik RM 200.00 / hari
Dewan Utama RM 900.00 / hari
(Tutorial - 100 Orang)
(Classroom- 80 Orang)

 

Dewan Kafeteria RM 300.00 / hari
(Round Banquet Table - 150)
Makan /Minum

RM 36.00 / orang (6 kali makan)
Sarapan pagi : RM 6.00
Minum Pagi : RM 3.00
Makan Tengahari : RM 12.00
Minum Petang : RM 3.00
Makan Malam : RM 12.00
Minum Malam : RM 3.00

Tempahan Secara Pakej
Penginapan (Asrama)
Makan dan Minum (6 kali makan)
Dewan uatama dan Dewan Kafeteria
Peralatan APD

RM 95.00 / orang / hari bagi jabatan/ Agensi atau Walk-in-guest
RM 60.00 / orang/ hari bagi pelajar anjuran sekolah/ jabatan atau Kementerian
 

Cara Memohon
Permohonan untuk menggunakan kemudahan di Institut Pengurusan Peladang Johor Bahru bolehlah memohon dengan menghubungi atau menulis surat permohonan kepada :


Pengurus
Institut Pengurusan Peladang Johor Bahru
Km.116, Jalan Pandan, 81100 Johor Bahru
Johor Darul Takzim
Tel : 07-3542710 Fax : 07-3562604



Dikemaskini pada: 22 Aug, 2018




PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda