Mohd Sabri (kiri ) meneliti tanaman herba yang dipasarkan dalam program promosi herba di pasar tani Hiliran, Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN ONLINE  Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/pertanian/jualan-pasar-tani-terengganu-disasar-cecah-rm56-juta-1.486153#ixzz4j5mZHE00  © Utusan Melayu (M) Bhd

KUALA TERENGGANU 25 Mei - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan peningkatan hasil jualan pasar tani di seluruh negeri ini akan mencecah RM56 juta tahun ini.

Pengarah FAMA negeri, Mohd. Zaimi A.Razak berkata, ini ekoran prestasi jualan yang meningkat secara konsisten dengan sambutan yang terus menggalakkan daripada pengguna.

Katanya, sehingga kini terdapat seramai 1, 426 orang usahawan FAMA melibatkan 31 buah pasar tani di seluruh negeri, dan dalam tempoh lima bulan pertama, mereka telah memasarkan barangan bernilai RM25 juta.

“Ini suatu pencapaian baik ke arah sasaran sebanyak RM56 juta sehingga akhir tahun ini berbanding RM46 juta tahun lalu,” katanya kepada pemberita semasa Program Promosi Herba di Pasat Tani 2017 di Padang Hiliran di sini hari ini.

Perasmian disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi.

Yang turut hadir Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan Herba, Pejabat Pembangunan Herba, Nor Hisham Ibrahim.

Beliau menambah peningkatan nilai jualan pasar tani turut didorong oleh program promosi secara berkala di samping jualan pelbagai produk segar dan menarik dengan harga yang berpatutan.

Mengenai pogram promosi herba di pasar tani beliau berkata, ia merupakan satu lagi inisiatif FAMA untuk membantu usahawan mengetengahkan produk mereka kepada masyarakat setempat.

“Seramai 20 usahawan herba terlibat dengan program hari ini yang menghasilkan pelbagai produk termasuk tanaman yang diharap mampu bersaing untuk menarik pengguna membeli,” ujarnya.

Beliau berkata, adalah menjadi hasrat FAMA untuk memastikan usahawan berkenaan turut dapat memasarkan produk mereka di rangkaian pasar tani yang diwujudkan di seluruh negeri.

Dalam perkembangan lain, FAMA turut mengadakan Pasar Tani Ramadan di empat kawasan iaitu di Langkap (Setiu), Nyior Tujuh (Besut) Banggol Indah (Kemaman) dan Seberang Takir (Kuala Nerus) yang akan dibuka setiap hari. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/pertanian/jualan-pasar-tani-terengganu-disasar-cecah-rm56-juta-1.486153#ixzz4j5mcu3z2 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

 

 



Dikemaskini pada: 15 Dec, 2018




PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda