KURSUS DAN PROGAM MOTIVASI 

Program Motivasi Anak-anak peladang dilaksanakan dalam 2 peringkat iaitu peringkat pertubuhan peladang dan peringkat Yayasan.


Peringkat Pertubuhan Peladang (PP)

Program motivasi teknik menghadapi peperiksaan kepada anak-anak peladang yang akan menduduki peperiksaan awam seperti UPSR/PMR/SPM/STPM diadakan di peringkat PP. Peruntukan disalurkan kepada PP untuk melaksanakan program berbentuk seminar sehari di PP. Program ini lebih kepada panduan dan persediaan menghadapi peperiksaan selain diselitkan dengan kaedah pembelajaran yang berkesan serta pembinaan sahsiah diri.


Peringkat Yayasan Pelajaran Peladang

Program motivasi dianjurkan oleh YPP di tempat yang dikenalpasti oleh YPP dan disertai oleh peserta dari beberapa negeri. Program ini memfokuskan kepada pembinaan jatidiri , meningkatkan sahsiah diri selain aspek akademik dan persekitaran. Sasaran program ini adalah kepada pelajar menengah dan juga siswa pengajian tinggi. Program seperti ini akan terus diadakan dengan membuat penambahbaikan dari masa ke semasa.

 



Dikemaskini pada: 25 Jun, 2018




PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda