Latarbelakang

YPP didaftarkan pada 23 Mei 1995 oleh Pendaftar Pertubuhan Peladang (PP) melalui Kaedah Yayasan Pelajaran Peladang di bawah Perkara 49 (xv) Perlembagaan NAFAS.

Pada 14 Ogos 2012, NAFAS telah mendaftarkan secara rasminya  Yayasan Pelajaran Peladang di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta258] oleh Bahagian Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri.

Objektif utama penubuhan YPP secara umumnya adalah untuk menjalankan kegiatan yang berhubung kait dengan usaha menggalakkan aktiviti pendidikan dengan memberi fokus kepada anak-anak peladang seperti berikut :

  • Membantu ahli-ahli Peladang yang tidak mampu membiayai pendidikan anak-anak peladang di semua peringkat;
  • Menggalakkan pencapaian kecemerlangan ilmu di kalangan Anak-anak Peladang dengan memberi hadiah atau anugerah kecemerlangan berbentuk wang dan lain-lain;
  • Memberikan kemudahan persekolahan kepada anak-anak peladang termasuk membina asrama-asrama di Bandar;
  • Menampung pelajaran anak-anak peladang dengan mendirikan sekolah-sekolah dan maktab-maktab swasta di tempat-tempat yang sesuai;
  • Menggalakkan pengajian dan penyelidikan ilmu dalam bidang-bidang yang boleh munafaatkan masyarakat peladang di Negara ini dengan memberi hadiah atau geran penyelidikan kepada para ilmuan yang berkenaan;
  •  Menyediakan kemudahan-kemudahan latihan untuk para peladang yang berkelayakan bagi mempertingkat kemahiran dan produktiviti mereka;

Lain-lain aktiviti di masa hadapan yang di fikirkan sesuai bagi mempertingkatkan pencapaian ilmu dan kemahiran di kalangan anak-anak peladang.

 

 



Dikemaskini pada: 27 May, 2018




PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda