SUNGAI PETANI 3 Dis. – Penganjuran program My Best Buy oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dilihat bukan sahaja memberi faedah kepada pengguna malah membuka peluang kepada usahawan tempatan memasarkan produk masing-ma­sing. Pegawai FAMA Bakar Arang, Mohd. Fauzi Hashim berkata, pe­nganjuran program tersebut membolehkan usahawan tempatan mengambil peluang memasarkan produk di kawasan mereka secara terus kepada orang ramai.

“Kira-kira 50 usahawan tani mengambil bahagian untuk menjual barangan segar pada harga yang lebih murah antara lima hingga 20 peratus berban­ding harga pasaran secara terus kepada pengguna.

“Program ini memberi peluang juga kepada orang ramai boleh melihat dan membeli apa sahaja produk pertanian, ternakan, perikanan dan sebagainya yang disukai dengan harga murah itu,” katanya di sini baru-baru ini.


Seterusnya di http://www.hmetro.com.my

 



Dikemaskini pada: 11 Dec, 2017




KONGSI ARTIKEL INI

PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda