LPP melaksanakan program dan projek selaras dengan polisi semasa kerajaan dalam bidang pertanian dan pembangunan luar bandar termasuk yang menyentuh isu mengurang kadar kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Penglibatan LPP  dalam polisi kerajaan yang paling relevan ialah:-

 

a) Dasar Pembangunan Negara (NAP)

Peranan LPP dalam Dasar Pembangunan Negara ini adalah untuk membantu melaksanakan pembangunan yang seimbang. Dalam melaksanakan program dan projek untuk mengurangkan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. LPP melaksanakan  pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan Dasar yang terdapat dalam Perspektif Pelan Rangka Ketiga (2001 - 2010). Dasar-dasar ini adalah berkaitan dengan:

Membangunkan sebuah negara yang jitu,

Membangun ke arah masyarakat yang adil,

Mengekalkan pertumbuhan ekonomi,

Berdaya saing peringkat global,

Membangunkan ekonomi yang berteraskan pengetahuan ( K-Ekonomi ),

Pengukuhan Pembangunan Sumber Manusia,

Pembangunan yang menjaga alam sekitar

 

b) Dasar Pertanian Negara Ketiga ( NAP 3 ) 1998-2010

Di bawah NAP 3. Halatuju, strategi dan makanisma pelaksanaan dasar baru diletakkan keperihatiannya kepada pembangunan pertanian dan ekonomi secara keseluruhannya.penumpuan terhadap sekurti makanan, produktiviti, inflasi, pelaburan sektor swasta didalam pertanian, pengalakan eksport dan pengurangan import yang tidak produktif serta pemuliharaan dan penggunaan sumber asli secara wajar.
Lima fungsi utama LPP di bawah dari Pelan Korporat LPP (2000-2005) dan Dasar Pertanian Negara adalah seperti berikut:

Mengerakkan dan mengatur peladang-peladang untuk menceburi projek pertanian yang berasaskan kesesuaian iklim, tanah, kehendak pasaran dan kebolehupayaan.

Mengukuhkan institusi peladang sejajar dengan Dasar Pertanian Kebangsaan Ketiga yang mana untuk mengubah PP menjadi pertubuhan yang berorentasikan perniagaaan.

Meningkatkan pembangunan peladang usahawan.

Meningkatkan pembangunan sumber Manusia.

Melengkapi PP dengan kemudahan IT bagi mengupayakannya menjadi agensi setempat di sektor luar bandar.



Dikemaskini pada: 15 Dec, 2018




PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda