PINJAMAN PENDIDIKAN YPP

Pinjaman Pendidikan mula dilaksanakan pada tahun 2000. Ianya dikhususkan kepada ahli-ahli PPK yang anaknya mendapat tawaran belajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kaedah perlaksanaannya adalah melalui PPN. Kadar pinjaman ditetapkan sebanyak RM2,000 dan pembayaran balik dibuat secara ansuran dalam masa lapan belas bulan.

Permohonan dibuat melalui borang yang disediakan dan dijamin oleh seorang ahli PPK. Peminjam juga dikehendaki menandatangani borang perjanjian.

[Muat Turun Borang 1] [Muat Turun Borang 2]

 

GARIS PANDUAN PINJAMAN PENDIDIKAN
YAYASAN PELAJARAN PELADANG (YPP)

1. OBJEKTIF

 1.1 Meringankan beban kewangan kepada ahli-ahli yang memerlukan dan mempunyai anak yang memasuki INSTITUSI Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

 1.2 Mengelakkan anak-anak ahli yang mendapat tawaran di IPTA menolak tawaran tersebut kerana tidak mampu membayar yuran yang telah ditetapkan.

 1.3 Sebagai alternatif kepada ahli-ahli peladang untuk mendapatkan pinjaman pendidikan untuk anak-anak selain skim pinjaman yang telah sedia ada.

 

2.KEUTAMAAN KURSUS

Kursus-kursus yang diberi keutamaan ialah:

  • Pengurusan Perniagaan atau Pentadbiran (Sumber Manusia, Pemasaran, Kewangan dan Ekonomi)
  • Komunikasi Massa.
  • Teknologi Maklumat.
  • Kejuruteraan Elektrikal, Elektronik atau Mekanikal.
  • Perakaunan.
  • Sains Pertanian, Perikanan dan Kedoktoran Haiwan.
  • Pengajian Sains Sosial.


3.SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

 3.1 Ibubapa/Penjaga yang sah dan telah menjadi ahli kepada Pertubuhan Peladang Kawasan sekurang-kurangnya satu tahun dari tamat tarikh permohonan bagi satu-satu tahun berkenaan.

 3.2 Pelajar   telah   ditawar  dan   menerima   tawaran  untuk   melanjutkan pelajaran di IPTA

 3.3 Jika    bilangan   permohonan    melebihi   bilangan   yang   ditawarkan, keutamaan diberi kepada  permohonan yang  memenuhi  syarat-syarat di para 3.1  dan  3.2  disamping    datang    daripada    keluarga  yang berpendapatan rendah berbanding  dengan  permohonan-permohonan lain yang juga berkelayakan.

 3.4 Mematuhi    segala   syarat    dalam    perjanjian  pinjaman  yang  telah ditetapkan oleh pihak Yayasan Pelajaran Peladang.

 

4. PERUNTUKAN YANG TERLIBAT DAN KAEDAH PENGAGIHAN

Pinjaman yang diberikan kepada peminjam yang layak adalah sebanyak RM 2,000.00 (Dua Ribu Ringgit) tiap-tiap seorang. Pembahagian dibuat mengikut PPN. Semua peminjam dikehendakki membayar balik pinjaman secara ansuran bulanan serta tambahan RM50.00 sebagai caj perkhidmatan.


5.CARA MEMOHON, MEMPROSES, MEMBERI KELULUSAN DAN RAYUAN SERTA BAYARAN BALIK PINJAMAN.

 5.1 Permohonan hendaklah dibuat oleh ibubapa/penjaga pelajar dengan mengisi borang yang telah ditetapkan, serta mendapat pengesahan daripada Pengurus Besar PPK. Borang permohonan (seperti di lampiran) yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada Pengurus Besar PPN untuk proses selanjutnya.

 5.2 Pengurus Besar PPN adalah diberi kuasa untuk melulus/menolak permohonan.

 5.3 Dalam memproses permohonan, PPN hendaklah menubuhkan Jawatankuasa  Kelulusan yang terdiri daripada Pengurus Besar sebagai Pengerusi serta Pengurus  Khidmat Sosial dan Pengurus Akaun sebagai ahli.

 5.4 Apabila permohonan telah diluluskan, PPN dikehendaki mengeluarkan wang pendahuluan pinjaman.

 5.5 Seterusnya, borang pinjaman dan salinan baucer bayaran hendaklah dikemukakan kepada Yayasan Pelajaran Peladang untuk pembayaran semula  wang yang telah didahulukan. Pembayaran semula ini hanya akan dibuat jika   syarat-syarat yang ditetapkan dipatuhi sebagaimana dikehendaki.

 5.6 Bayaran balik pinjaman daripada peminjam boleh dibuat dalam bentuk Cek atau kiriman wang pos kepada YAYASAN PELAJARAN PELADANG. Sila tulis "Pinjaman Pendidikan" dibelakang cek/kiriman wang pos.

 5.7 Segala pertikaian mengenai permohonan yang ditolak, bolehlah mengemukakan rayuan kepada Pengurus Eksekutif Yayasan Pelajaran Peladang. Sebarang keputusan adalah muktamad.

 

6. PERJANJIAN

Bagi pinjaman yang diluluskan, perjanjian hendaklah ditandatangani di antara peminjam iaitu ibubapa/penjaga yang sah kepada pelajar dengan Yayasan Pelajaran Peladang dengan seorang penjamin yang juga terdiri daripada ahli PPK yang sama di mana peminjam menjadi ahli berdasarkan borang perjanjian yang disertakan bersama-sama ini.

 

 



Dikemaskini pada: 27 May, 2018




PENDAPAT PENGUNJUNG (0)

Suarakan Pendapat Anda