| 1. | Apa itu Pertubuhan Peladang? |
| | Pertubuhan Peladang ditubuh dan didaftarkan dibawah Akta 109 Pertubuhan Peladang 1973. Ianya merupakan pertubuhan yang dimiliki oleh masyarakat peladang. Pertubuhan Peladang menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi dan sosial dengan mengamalkan prinsip koperasi. |
| | |
| 2. | Apakah Objektif Pertubuhan Peladang (PP)? |
| | Objektif utama Pertubuhan Peladang adalah seperti di bawah:-
- Untuk meninggikan taraf ekonomi dan sosial ahli-ahli PP.
- Menambah pengetahuan dan kemahiran ahli-ahli PP.
- Meningkatkan hasil pendapatan dan membaiki taraf hidup ahli-ahli PP.
- Mewujudkan satu masyarakat tani yang progresif, berdikari, makmur dan bersatupadu.
|
| 3. | Bagaimana ingin menjadi ahli Pertubuhan Peladang? |
| | Berdasarkan Akta 109 Pertubuhan Peladang 1973, Seksyen 9 (1) seseorang yang mana adalah seorang warganegara Malaysia, telah mencapai umur 18 tahun dan; - adalah mengambil bahagian dalam pengeluaran pertanian atau ternakan;
- yang pendapatanya didapati dari pengeluaran pertanian atau ternakan; atau
- adalah menguasai mana-mana faktor-faktor pengeluaran pertanian atau ternakan;
- adalah layak memohon untuk menjadi seorang ahli sesuatu Pertubuhan Peladang.
|
| | |
| 4. | Bagaimanakah cara untuk menjadi ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)? |
| | Langkah-langkah untuk menjadi ahli PPK adalah seperti di bawah:-
- Mengunjungi PPK di kawasan anda
- Mendapatkan borang.
- Mengisi borang dan mengemukakan kepada PPK.
- Pertimbangan dan kelulusan Jemaah Pengarah PPK.
- Sijil atau kad keahlian dikeluarkan.
- Ahli boleh menikmati haknya sebagai ahli.
- Setiap permohonan hendaklah disertakan bayaran masuk dan syer sebagaimana ditetapkan mengikut Perlembagaan PPK berkenaan.
- Jika sesuatu permohonan ditolak, pemohon bolehlah membuat rayuan kepada Pendaftar dalam masa 14 hari. Pendaftar akan membuat pertimbangan sama ada menerima atau menolak.
- Sekiranya rayuan ditolak segala pembayaran akan dikembalikan semula.
|
| 5. | Apakah perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)? |
| | Di antara perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh PPK adalah seperti di bawah:-
- Khidmat nasihat teknikal dan keusahawanan projek pertanian.
- Pembekalan input pertanian dan khidmat kejenteraan ladang dengan kos berpatutan.
- Pengangkutan dan pemasaran hasil-hasil pertanian.
- Pemprosesan hasil-hasil pertanian.
- Kredit untuk melaksanakan projek-projek perladangan, pemprosesan dan bantuan baja padi Kerajaan Persekutuan.
- Kebajikan daripada kegiatan-kegiatan sosial PPK.
|
| | |
| | |
| 6. | Apakah faedah-faedah yang akan diperolehi sebagai ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)? |
| | Di antara faedah-faedah yang akan diperolehi oleh ahli peladang ialah:-
- Mendapat khidmat nasihat teknikal dan keusahawanan berhubung projek pertanian
- Mendapat pendapatan dengan menyertai projek-projek PPK seperti mini estet kelapa sawit, padi dan sebagainya serta projek ternakan, ternaikair, industri kecil dan pemprosesan makanan.
- Mendapat perlindungan keselamatan melalui insurans sama ada individu/kumpulan.
- Mendapat bantuan kewangan dalam bentuk khairat kematian, pembiayaan pelajaran anak-anak serta bantuan bencana alam atau kemalangan.
- Berpeluang mengikut seminar ,konvensyen dan kursus kemahiran dalam bidang pertanian, pemasaran, pemprosesan, keusahawan dan kempimpinan.
- Berpeluang menyertai lawatan sambil belajar di dalam dan luar negeri.
- Boleh menyertai pertandingan seperti Peladang Jaya Lelaki atau Wanita dan lain-lain kategori sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan pada setiap tahun.
- Berpeluang menjadi pemimpin Peladang melalui Perwakilan ke Mesyuarat Agung PPK/PPN/NAFAS.
- Mendapat maklumat-maklumat yang terkini melalui bahan-bahan penerbitan Pertubuhan Peladang dan Lembaga Pertubuhan Peladang seperti berita PPK, Peladang Jaya dan sebagainya serta Khidmat Pengembangan Jabatan termasuk agensi-agensi lain.
- Menikmati kemudahan-kemudahan kelas bimbingan tadika dan perpustakaan kecil untuk anak-anak.
- Mendapat dividen atas modal syer, hadiah atau diskaun atas langganan dan saham bonus jika PPK mendapat keuntungan.
Nama : Encik Ahmad Muzani bin Mat Jawatan : Penolong Pengarah No. Telefon : 03-26109600 Email : muzani@lpp.gov.my |